Terkini
Pegawai Jabatan Agama Islam Pulau Pinang didakwa enggan daftarkan saudara baharu
Pegawai Jabatan Agama Islam Pulau Pinang didakwa enggan mendaftarkan pengislaman beberapa saudara baru di negeri itu tanpa mengemukakan alasan penolakan dengan jelas.

- Pegawai Jabatan Agama Islam Pulau Pinang didakwa enggan mendaftarkan pengislaman beberapa saudara baru, di negeri itu tanpa mengemukakan alasan penolakan dengan jelas.
- Dakwaan itu dibuat bekas ADUN Telok Bahang, Zolkifly Md Lazim yang menyuarakan kesedihan dan kemarahannya apabila ada individu seakan-akan cuba untuk menggagalkan usaha beliau dalam mengislamkan masyarakat.
- Zolkifly ketika dihubungi The Merdeka Times memaklumkan pihaknya tidak pasti alasan di sebalik penolakan tersebut.
- “Dua bulan kebelakangan ini. Sudah lima orang yang saya Islam. Tetapi mereka ditolak pendaftaran di pejabat Jabatan Islam. Ada empat orang Cina. Dah hadir serah diri tiga hari dua malam kursus wajib Islam di anjur jabatan.
- “Permohonan Islam empat mereka ditolak selepas tamat kursus. Sebab dikatakan tak faham Islam. Pegawai-pegawai di jabatan bagi berbagai alasan. Kamu ni tak tau Islam. Macam mana boleh masuk Islam?” katanya menerusi hantaran di Facebook pada 4 Disember lalu.
- Menerusi hantaran berbeza pada Sabtu lalu, Zolkifly memaklumkan satu daripada empat saudara baru itu berjaya didaftarkan selepas beberapa soalan dan semakan lisan dilakukan ketua jabatan di Pejabat Pengurusan Masjid Negeri Pulau Pinang.
KUALA LUMPUR — Pegawai Jabatan Agama Islam Pulau Pinang didakwa enggan mendaftarkan pengislaman beberapa saudara baru di negeri itu tanpa mengemukakan alasan penolakan dengan jelas.
Dakwaan itu dibuat bekas ADUN Telok Bahang, Zolkifly Md Lazim yang menyuarakan kesedihan dan kemarahannya apabila ada individu seakan-akan cuba untuk menggagalkan usaha beliau dalam mengislamkan masyarakat.
Zolkifly ketika dihubungi The Merdeka Times memaklumkan pihaknya tidak pasti alasan di sebalik penolakan tersebut.
“Ramai yang syahadah. Saya terpaksa seludup daftar menggunakan kawan-kawan yang belum dikenali pegawai jabatan.
“Dua bulan kebelakangan ini. Sudah lima orang yang saya Islam. Tetapi mereka ditolak pendaftaran di pejabat Jabatan Islam. Ada empat orang Cina. Dah hadir serah diri tiga hari dua malam kursus wajib Islam di anjur jabatan.
“Permohonan Islam empat mereka ditolak selepas tamat kursus. Sebab dikatakan tak faham Islam. Pegawai-pegawai di jabatan bagi berbagai alasan. Kamu ni tak tau Islam. Macam mana boleh masuk Islam?” katanya menerusi hantaran di Facebook pada 4 Disember lalu.
Zolkifly mendakwa pegawai jabatan agama itu berkata kelompok terbabit perlu mempelajari tentang Islam sehingga pandai baru dibolehkan untuk memasuki agama Islam.
Katanya, apabila kelompok itu meminta untuk diajar, pegawai terbabit menyuruh mereka mencari mana-mana individu di luar sana yang berupaya untuk mengajar mereka tentang ajaran Islam.
“Saya sendiri dah dapat voice mail. Islam ni bukan boleh di kedai kopi. Islam ni bukan boleh di tepi jalan. Tahu ka? Pasai apa dok kalut buat semua benda ni? Kuasa kami (jabatan Islam) nak daftar atau tidak daftar.
“Saya cuba berlembut. Saya usaha juga untuk penuhi permintaan pejabat agama ni. Saya buat kelas agama bahasa Cina bawah pokok. Buat kelas agama bahasa Cina di kedai kopi. Minta kawan boleh bahasa Cina, buat di pejabat.
“Saya dah buat supaya depa (mereka) faham Islam. Tapi. Mereka masih di tolak jabatan untuk daftar sebagai Islam. Jika mereka mati hari ni. Pasti mayat dibakar atau disumbat dalam lubang tanah begitu saja.
“Pegawai-pegawai ini mesti senyum. Sebab mereka sudah berjaya jalankan arahan orang atas,” katanya yang juga penaung Persatuan IKUT Pulau Pinang yang membantu mengajar saudara baru tentang Islam.
Menerusi hantaran berbeza pada Sabtu lalu, Zolkifly memaklumkan satu daripada empat saudara baru itu berjaya didaftarkan selepas beberapa soalan dan semakan lisan dilakukan ketua jabatan di Pejabat Pengurusan Masjid Negeri Pulau Pinang.
Katanya satu saudara baru lagi belum didaftarkan kerana tersalah tempat pertemuan, manakala dua lagi bekerja dan tidak dapat hadir. — The Merdeka Times
Sumber : Facebook Zolkifly Md Lazim
