Connect with us

Antarabangsa

Jurulatih olahraga sekolah di Amerika Syarikat dipecat kerana pro-Palestin

Dari umurnya 15 tahun, Natalie Abulhawa mengimpikan kerjaya berkaitan olahraga. Dek impian itu, Natalie mendedikasikan tahun persekolahan dan kolejnya untuk merangkul anugerah atau apa saja bentuk pencapaian yang melayakan beliau mengejar cita-citanya sehinggalah menjadi buruan ramai.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Jurulatih olahraga sekolah di Amerika Syarikat dipecat kerana pro-Palestin
Foto: Natalie Abulhawa telah diberhentikan kerjanya sebagai jurulatih olahraga di Sekolah Agnes Irwin pada November lalu, sumber Inquirer.
  • Bekas jurulatih olahraga berketurunan Palestin-Amerika, Natalie Abulhawa, 25, tidak lagi menerima apa-apa tawaran pekerjaan selepas beliau dipecat dari jawatannya kerana bersikap pro-Palestin.
  • Natalie dipecat dari jawatannya di Sekolah Agnes Irwin pada November lalu selepas ahli komuniti sekolah mula sedar wanita itu seorang pro-Palestin.
  • Tindakan mendiamkan penyokong pro-Palestin kerana sokongan terhadap rejim Israel di Amerika Syarikat adalah lebih dominan dari segi wacana dan politik serta menjadi ‘trend’ di negara kuasa besar itu.

Dari umurnya 15 tahun, Natalie Abulhawa mengimpikan kerjaya berkaitan olahraga. Dek impian itu, Natalie mendedikasikan tahun persekolahan dan kolejnya untuk merangkul anugerah atau apa saja bentuk pencapaian yang melayakan beliau mengejar cita-citanya sehinggalah menjadi buruan ramai.

Kini dia langsung tidak mendapat tawaran kerja selepas ditemuduga, malah menerima penolakan. 

Natalie, 25, telah diberhentikan kerjanya sebagai jurulatih olahraga di Sekolah Agnes Irwin pada November lalu selepas ahli komuniti sekolah membangkitkan kebimbangan terhadap hantaran perkongsian di media sosialnya yang menunjukkan beliau seorang pro-Palestin dan bersifat antisemitik.

Tindakan itu menjejaskan kerjaya wanita berketurunan Palestin-Amerika itu serta membuatkan beliau mula mempersoalkan dirinya, adakah dia harus berputus asa dari mengejar impiannya biarpun perjalanannya masih lagi jauh.

Ahli akademik menyifatkan tindakan mendiamkan penyokong pro-Palestin kerana sokongan terhadap rejim Israel di Amerika Syarikat adalah lebih dominan dari segi wacana dan politik serta menjadi ‘trend’ di negara kuasa besar itu.

“Kes ini menyentuh hak fundamental dan politik rakyat Amerika untuk menyuarakan pegangan mereka,” kata Profesor Undang-undang Rutgers dan penulis ‘The Racial Muslim: When Racism Quashes Religious Freedom’, Sahar Aziz dipetik The Philadelphia Inquirer.

“Sekiranya anda tergolong dalam kumpulan yang tidak mempunyai kepercayaan sama seperti mereka yang lain, ini adalah bukti diskriminasi terhadap kumpulan itu dan juga  ancaman kepada nilai kepercayaan Amerika,” katanya.

Sumber: Inquirer

Author