Connect with us

Terkini

Tokong Gua Dhamma Sakyamuni kalah kes tuntutan tanah di Perak

Tokong Gua Dhamma Sakyamuni Gunung Kanthan, Perak, kalah dalam kes tuntutan tanah setelah Mahkamah Rayuan membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi dan memutuskan syarikat kuari Associated Pan Malaysia Cement Sdn Bhd (APMC) berhak mengambil balik tanah itu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Adam Tan

Published

on

Tokong Gua Dhamma Sakyamuni kalah kes tuntutan tanah di Perak
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Tokong Gua Dhamma Sakyamuni Gunung Kanthan, Perak, kalah dalam kes tuntutan tanah setelah Mahkamah Rayuan membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi dan memutuskan syarikat kuari Associated Pan Malaysia Cement Sdn Bhd (APMC) berhak mengambil balik tanah itu.
  • Menurut Sin Chew Daily, peguam yang mewakili Tokong Gua Dhamma Sakyamuni, Leong Cheok Keng berkata keputusan Mahkamah Tinggi pada 4 Oktober tahun lalu memihak kepada mereka.
  • Cheok Keng berkata pihaknya memohon secara lisan penangguhan pelaksanaan keputusan, tetapi Mahkamah Rayuan mengarahkan mereka mengemukakan permohonan secara bertulis.
  • “Penghakiman semasa tidak memihak kepada kami dan kami akan membuat permohonan bertulis untuk penangguhan pelaksanaan dan kebenaran merayu kepada Mahkamah Persekutuan secepat mungkin,” kata Cheok Keng.

KUALA LUMPUR – Tokong Gua Dhamma Sakyamuni Gunung Kanthan, Perak, kalah dalam kes tuntutan tanah setelah Mahkamah Rayuan membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi dan memutuskan syarikat kuari Associated Pan Malaysia Cement Sdn Bhd (APMC) berhak mengambil balik tanah itu.

Menurut Sin Chew Daily, peguam yang mewakili Tokong Gua Dhamma Sakyamuni, Leong Cheok Keng berkata keputusan Mahkamah Tinggi pada 4 Oktober tahun lalu memihak kepada mereka.

Katanya, syarikat APMC telah mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Rayuan.

“Ini adalah situasi yang jarang berlaku. Secara umumnya, Mahkamah Rayuan tidak akan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi. 

“Bagaimanapun, kali ini Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan mengisytiharkan bahawa kes itu tidak perlu melalui perbicaraan penuh berdasarkan afidavit kedua-dua pihak,” kata Cheok Keng dipetik media.

Tokong itu diarahkan membuat pemindahan antara tahun 2013 dan 2015, tetapi mereka mendapat kelulusan daripada kerajaan negeri ketika itu untuk kekal di lokasi asal.

Syarikat APMC memfailkan saman pada 27 Januari 2021 untuk  mengambil balik kawasan seluas 146 hektar yang termasuk Tokong Gua Dhamma Sakyamuni.

Cheok Keng berkata pihaknya memohon secara lisan penangguhan pelaksanaan keputusan, tetapi Mahkamah Rayuan mengarahkan mereka mengemukakan permohonan secara bertulis.

“Penghakiman semasa tidak memihak kepada kami dan kami akan membuat permohonan bertulis untuk penangguhan pelaksanaan dan kebenaran merayu kepada Mahkamah Persekutuan secepat mungkin,” katanya. – The Merdeka Times

Sumber: Sin Chew Daily

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *