Connect with us

Antarabangsa

Keganasan meningkat, hospital di Sudan terancam

Hospital Al Nao, satu-satunya kemudahan kesihatan yang masih beroperasi di bandar Omdurman, barat laut ibu kota Sudan, Khartoum, diancam dengan peningkatan keganasan, kata Médecins Sans Frontières (MSF), juga dikenali sebagai Doctors Without Borders, pada Khamis. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Keganasan meningkat, hospital di Sudan terancam
Foto: Keadaan di Hospital Al Nao.
  • Hospital Al Nao, satu-satunya kemudahan kesihatan yang masih beroperasi di bandar Omdurman, barat laut ibu kota Sudan, Khartoum, diancam dengan peningkatan keganasan, kata Médecins Sans Frontières (MSF), dikenali sebagai Doctors Without Borders, pada Khamis. 
  • “Keganasan kini sedang meningkat di sekitar Hospital Al Nao, mengancam pesakit dan kakitangan. Semalam, peluru mendarat di utara dan barat daya hospital itu,” menurut organisasi itu dalam satu kenyataan, lapor Xinhua.
  • Situasi semasa juga memberi kesan kepada kakitangan hospital, kerana anggota perubatan terpaksa bekerja dua syif apabila keadaan terlalu berbahaya untuk rakan sekerja mereka melakukan perjalanan.
  • Penyelaras kecemasan MSF di Sudan, Frauke Ossig menyeru pihak bertelagah untuk menggelakkan orang awam daripada menjadi mangsa keganasan dan memastikan perlindungan hospital dan pekerja penjagaan kesihatan, serta memberi amaran bahawa “jika hospital tidak dapat berfungsi, akan ada lebih banyak kesengsaraan dan penderitaan”.
  • Sudan telah menyaksikan pertempuran antara angkatan tentera dan pasukan separa tentera di Khartoum dan kawasan lain sejak 15 April, mengakibatkan sekurang-kurangnya 3,000 kematian manakala lebih 6,000 cedera, menurut angka yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Sudan.

KHARTOUM – Hospital Al Nao, satu-satunya kemudahan kesihatan yang masih beroperasi di bandar Omdurman, barat laut ibu kota Sudan, Khartoum, diancam dengan peningkatan keganasan, kata Médecins Sans Frontières (MSF), juga dikenali sebagai Doctors Without Borders, pada Khamis. 

“Keganasan kini sedang meningkat di sekitar Hospital Al Nao, mengancam pesakit dan kakitangan. Semalam, peluru mendarat di utara dan barat daya hospital itu,” menurut organisasi itu dalam satu kenyataan, lapor Xinhua.

Al Nao kebanyakannya menerima mangsa yang cedera dalam keganasan, walaupun perkhidmatan kesihatan masih tersedia untuk pesakit dengan kecemasan perubatan lain. 

Situasi semasa juga memberi kesan kepada kakitangan hospital, kerana anggota perubatan terpaksa bekerja dua syif apabila keadaan terlalu berbahaya untuk rakan sekerja mereka melakukan perjalanan.

Penyelaras kecemasan MSF di Sudan, Frauke Ossig dalam kenyataan itu menyeru pihak bertelagah untuk menggelakkan orang awam daripada menjadi mangsa keganasan dan memastikan perlindungan hospital dan pekerja penjagaan kesihatan, serta memberi amaran bahawa “jika hospital tidak dapat berfungsi, akan ada lebih banyak kesengsaraan dan penderitaan”.

Dari 29 Julai hingga 11 Ogos, kakitangan MSF di hospital Al Nao bekerja bersama pasukan dari Kementerian Kesihatan Sudan, menyediakan penjagaan trauma kecemasan kepada 808 pesakit, 447 daripadanya mengalami kecederaan akibat tembakan, serpihan daripada letupan, atau tikaman, menurut kenyataan itu.

Dalam tempoh yang sama, hospital itu merawat 787 pesakit membabitkan masalah perubatan lain, termasuk diabetes, jangkitan pernafasan, dan hipertensi serta penyakit kardiovaskular lain.

Wabak penyakit seperti malaria, campak dan kepialu telah dikesan di beberapa kawasan di Sudan, menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan pada Khamis oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Tabung Kanak-Kanak PBB, dan organisasi kesihatan Sudan.

Menurut laporan Kementerian Kesihatan Sudan sebelum ini, 39 daripada 59 hospital di ibu negara dan negeri berhampiran zon konflik tidak beroperasi.

Sudan telah menyaksikan pertempuran antara angkatan tentera dan pasukan separa tentera di Khartoum dan kawasan lain sejak 15 April, mengakibatkan sekurang-kurangnya 3,000 kematian manakala lebih 6,000 cedera, menurut angka yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Sudan. – BERNAMA-Xinhua

Sumber: BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *