Antarabangsa
Empat negara kuasa besar tolak usul kebencian agama UNHRC
Amerika Syarikat (AS), Britain, Perancis dan Jerman antara 12 negara menolak resolusi Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) mengenai kebencian agama dan ketaksuban susulan insiden pembakaran al-Quran di Sweden yang mencetuskan bantahan masyarakat Islam dunia.

- Amerika Syarikat (AS), Britain, Perancis dan Jerman antara 12 negara menolak resolusi Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) mengenai kebencian agama dan ketaksuban susulan insiden pembakaran al-Quran di Sweden yang mencetuskan bantahan masyarakat Islam dunia.
- Bagaimanapun, resolusi UNHRC itu diluluskan dengan 28 negara mengundi menyokong, tujuh negara berkecuali dan 12 menolak.
- Usul yang dibahaskan pada Selasa menggesa negara anggota PBB menyemak semula undang-undang mereka dan menutup jurang yang mungkin “menghalang pencegahan dan pendakwaan perbuatan dan advokasi kebencian agama”.
- Malaysia, Qatar, China, Cuba, Ukraine, Morocco, Pakistan, Bangladesh, Kazakhstan, India, Sudan, South Africa dan UAE antara 28 negara mengundi menyokong resolusi itu.
- AS dan Kesatuan Eropah (EU) menentang usul yang diluluskan pada Rabu itu atas alasan ia bercanggah dengan pendirian mereka mengenai hak asasi manusia dan kebebasan bersuara.
Amerika Syarikat (AS), Britain, Perancis dan Jerman antara 12 negara menolak resolusi Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) mengenai kebencian agama dan ketaksuban susulan insiden pembakaran al-Quran di Sweden yang mencetuskan bantahan masyarakat Islam dunia.
Bagaimanapun, resolusi UNHRC itu diluluskan dengan 28 negara mengundi menyokong, tujuh negara berkecuali dan 12 negara menolak usul itu.
Usul yang dibahaskan pada Selasa menggesa negara anggota PBB menyemak semula undang-undang mereka dan menutup jurang yang mungkin “menghalang pencegahan dan pendakwaan perbuatan dan advokasi kebencian agama”.
Malaysia, Qatar, China, Cuba, Ukraine, Pakistan, Bangladesh, Kazakhstan, India, Sudan, South Africa dan UAE antara 28 negara mengundi menyokong resolusi itu.

Foto: Antara negara-negara yang mengundi untuk resolusi UNHRC.
AS dan Kesatuan Eropah (EU) menentang usul yang diluluskan pada Rabu itu atas alasan ia bercanggah dengan pendirian mereka mengenai hak asasi manusia dan kebebasan bersuara.
Negara seperti Chile, Mexico dan Nepal pula antara tujuh negara yang memilih mengundi ‘berkecuali’.
Resolusi UNHRC ini tidak mengikat secara sah tetapi dilihat sebagai komitmen politik yang kuat oleh negara.
Terdahulu, seorang pendatang Iraq meletakkan daging babi pada Al-Quran sebelum memijak dan membakarnya pada Hari Raya Aidiladha di hadapan sebuah masjid di Stockholm, Sweden
Perlakuan biadab ke atas kitab suci umat Islam itu bukanlah yang pertama kali berlaku di negara itu.
Walaupun Sweden mengutuk insiden pembakaran Al-Quran, ia tetap mengekalkan pendirian negara itu tentang hak kebebasan berhimpun, bersuara dan berdemonstrasi yang dilindungi perlembagaan.
Sumber: Aljazeera
