Terkini
Kenyataan Anwar berkaitan isu kalimah Allah salah, tidak tepat dan khilaf – Haniff Khatri
Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan isu kalimah Allah didakwa salah, tidak tepat dan khilaf berbanding fakta kes dalam alasan penghakiman Mahkamah Tinggi pada 17 Mac 2023.

- Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan isu kalimah Allah didakwa salah, tidak tepat dan khilaf berbanding fakta kes dalam alasan penghakiman Mahkamah Tinggi pada 17 Mac 2023.
- Demikian menurut pengamal undang-undang, Haniff Khatri Abdulla yang mewakili MAIS, MAIWP dan MAIK sebagai “Rakan Mahkamah” di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam kes terbabit, ketika mengulas kenyataan PM yang mengatakan keputusan mahkamah membabitkan kes penggunaan kalimah Allah melibatkan seorang penganut Kristian hanya terpakai di Sarawak.
- Jika merujuk perintah mahkamah, Jill Ireland dan kesemua peribumi Kristian di Sabah dan Sarawak dibenarkan untuk mengamalkan agama mereka dalam Bahasa Melayu dan Indonesia sebagaimana ia wujud sebelum kemasukan kedua-dua negeri itu ke dalam Persekutuan Tanah Melayu pada 1963.
- “Tidak ada perintah mahkamah katakan mereka cuma boleh mengamalkan ajaran agama mereka dalam hal itu cuma di Sarawak, tidak ada,” kata peguam itu menerusi perkongsian video di Facebook pada Selasa.
- Haniff Khatri berkata fakta kes juga menunjukkan Jill Ireland yang kembali dari Indonesia mendarat (tiba) di Terminal Tambang Murah (LCCT) di Sepang, Selangor dan bukannya di Sarawak ketika lapan cakera padat mengandungi kalimah Allah miliknya dirampas.
KUALA LUMPUR — Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan isu kalimah Allah didakwa salah, tidak tepat dan khilaf berbanding fakta kes dalam alasan penghakiman Mahkamah Tinggi pada 17 Mac 2023.
Demikian menurut pengamal undang-undang, Haniff Khatri Abdulla yang mewakili MAIS, MAIWP dan MAIK sebagai “Rakan Mahkamah” di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam kes terbabit, ketika mengulas kenyataan Anwar yang mengatakan keputusan mahkamah membabitkan kes penggunaan kalimah Allah melibatkan seorang penganut Kristian hanya terpakai di Sarawak.
Menurutnya, jika merujuk kepada perintah mahkamah, Jill Ireland dan kesemua peribumi Kristian di Sabah dan Sarawak dibenarkan untuk mengamalkan agama mereka dalam Bahasa Melayu dan Indonesia sebagaimana ia wujud sebelum kemasukan kedua-dua negeri itu ke dalam Persekutuan Tanah Melayu pada 1963.
“Tetapi ini tidak bermakna bahawa hak ini hanya boleh diamalkan di Sabah dan Sarawak, di situ yang Perdana Menteri salah, khilaf dan tidak tepat.
“Tidak ada perintah mahkamah katakan mereka cuma boleh mengamalkan ajaran agama mereka dalam hal itu cuma di Sarawak, tidak ada,” katanya menerusi perkongsian video di Facebook pada Selasa.
Haniff berkata fakta kes juga menunjukkan Jill Ireland yang kembali dari Indonesia mendarat (tiba) di Terminal Tambang Murah (LCCT) di Sepang, Selangor dan bukannya di Sarawak ketika lapan cakera padat mengandungi kalimah Allah miliknya dirampas.
“Saya harap dan percaya kekhilafan ini sebenarnya tidak mendorong kerajaan menarik semula rayuan sebab kalau inilah kefahaman kerajaan.. sebab kalau inilah mereka menarik balik rayuan, maka tarikan rayuan balik itu adalah pada asas yang tidak wujud sama sekali,” katanya.
Isnin lalu, media melaporkan Kerajaan Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memutuskan penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah ‘Allah’ dan tiga perkataan Arab lain dalam penerbitan bahan agama mereka bagi tujuan pembelajaran.
Notis pemberhentian rayuan itu, yang difailkan pada 18 April lalu menyatakan bahawa kedua-dua perayu tidak berniat meneruskan notis rayuan dikemukakan pada 12 Mac 2021 dan memberhentikan keseluruhan rayuan di Mahkamah Rayuan tanpa perintah terhadap kos. — The Merdeka Times
Sumber: Facebook Haniff Khatri

You must be logged in to post a comment Login