Terkini
Mufti Perlis cadang khitan kanak-kanak perempuan dikawal dan bersyarat
Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau lebih dikenali sebagai Dr MAZA cadangkan khitan kanak-kanak perempuan di Malaysia dikawal dan hanya diizinkan dengan syarat atau keperluan tertentu.

- Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau lebih dikenali sebagai Dr MAZA cadangkan khitan kanak-kanak perempuan di Malaysia dikawal dan hanya diizinkan dengan syarat atau keperluan tertentu.
- Cadangan itu selaras dengan fatwa dikeluarkan negeri Perlis terkait isu khitan anak perempuan.
- Menurut Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Kali Ke-29/2017, hukum khitan bagi wanita berbeza mengikut keadaan alat sulit golongan itu dan ia berdasar keadaan setiap wanita setelah ditentukan keperluannya oleh pakar.
KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau lebih dikenali sebagai Dr MAZA cadangkan khitan kanak-kanak perempuan di Malaysia dikawal dan hanya diizinkan dengan syarat atau keperluan tertentu.
Katanya, cadangan itu selaras dengan fatwa dikeluarkan negeri Perlis terkait isu khitan anak perempuan.
Menurut Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Kali Ke-29/2017, hukum khitan bagi wanita berbeza mengikut keadaan alat sulit golongan itu dan ia berdasar keadaan setiap wanita setelah ditentukan keperluannya oleh pakar.
“Saya cadangkan dikawal dan hanya diizinkan dengan syarat atau keperluan. Ini selaras seperti dalam Fatwa Perlis.
“Saya sokong pihak perubatan dengan bersyarat,” kata beliau kepada The Merdeka Times, hari ini ketika diminta mengulas isu khitan kanak-kanak perempuan yang sedang diperdebatkan pengamal perubatan dan agamawan.
Perdebatan itu dicetuskan Pakar Perunding Kanan Bedah Kanak-Kanak, Profesor Dr Dayang Anita Abdul Aziz yang menyarankan semua jenis prosedur Female Genital Mutilation (FGM) atau berkhitan buat bayi dan kanak-kanak perempuan diharamkan di Malaysia.
Katanya, hasil kajian dibuat beliau bersama pakar-pakar perubatan, pakar bidang agama Islam dan undang-undang dari pelbagai institusi mendapati tiada sebarang manfaat kesihatan daripada amalan khitan ke atas kanak-kanak perempuan sebaliknya prosedur tersebut ada risiko komplikasi yang sangat tinggi.
Mengulas terma pengharaman diguna pakai dalam kenyataan itu, Dr Maza menyifatkan ia terlalu keras. – The Merdeka Times
