Connect with us

Terkini

Polis siasat dakwaan pelajar lelaki tingkatan dua dibuli di Subang Jaya

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Wan Azlan Wan Mamat
  • Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata polis menerima laporan daripada bapa mangsa yang berusia 43 tahun Jumaat lepas setelah mengetahui kejadian itu sudah berlaku berulang kali kepada anaknya.
  • “Pada Selasa lepas, semasa mangsa berada di kelas, seorang pelajar telah datang dan terus menumbuk mukanya.
  • “Kejadian kedua berlaku pada Jumaat lepas dan mangsa menyatakan bahawa telah datang tiga lagi pelajar di sekolah itu yang menolak pengadu hingga berlaku pergelutan,” menurutnya dalam kenyataan semalam.

KUALA LUMPUR — Polis menyiasat dakwaan seorang pelajar lelaki tingkatan dua yang menjadi mangsa buli dan pukul pelajar lain di sebuah sekolah di USJ 4 dekat sini sejak bulan lepas.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata polis menerima laporan daripada bapa mangsa yang berusia 43 tahun Jumaat lepas setelah mengetahui kejadian itu sudah berlaku berulang kali kepada anaknya.

Beliau berkata mangsa memaklumkan bapanya pada 2.30 petang hari yang sama dengan mendakwa dia telah dipukul oleh seorang pelajar di sekolah berkenaan.

“Pada Selasa lepas, semasa mangsa berada di kelas, seorang pelajar telah datang dan terus menumbuk mukanya.

“Kejadian kedua berlaku pada Jumaat lepas dan mangsa menyatakan bahawa telah datang tiga lagi pelajar di sekolah itu yang menolak pengadu hingga berlaku pergelutan,” menurutnya dalam kenyataan semalam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan. –BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *