Terkini
(VIDEO) Bagi NGO kami setahun untuk selesai isu kuil tidak berdaftar — Pertubuhan

KUALA LUMPUR — Pertubuhan Kebajikan Integriti Persahabatan Nasional (PKIPN) meminta supaya pihaknya diberi tempoh setahun untuk menyelesaikan isu kuil yang sedang berlaku ketika ini, termasuk berkenaan kuil tidak berdaftar dan dibina atas tanah bukan miliknya.
Permintaan itu disuarakan Pengasas PKIPN, Joseph Prakash yang menyeru pihak kuil mempunyai masalah dokumentasi rumah ibadat tersebut untuk menemui beliau supaya pihaknya dapat mencari jalan penyelesaian.
Joseph berkata cadangan itu dibangkitkan beliau kerana pihaknya ingin mengelak berlaku huru-hara jika ada pihak cuba untuk merobohkan kuil tidak berdaftar tersebut.
“(Tapi) Kalau mereka (pihak kuil memilih) nak besarkan kuil itu (dalam masa sama enggan membuat dokumentasi) bila tempoh setahun itu sudah berakhir, kita panggil mereka pack up lah (mereka kena kemas dan pindah)… Itu saja, simple.
“Kalau dia orang rasa nak selamatkan kuil tersebut, mereka datang, kalau mereka rasa mereka kepala besar, mereka nak buat sendiri buat.
“Kalau setahun tu, you all nak prepare (sebelum berlaku penguatkuasaan), you datang (jumpa saya) kalau you all rasa tak nak prepare (sebarang dokumentasi), you all cakap you all boleh buat sendiri, buat lah.
“By the time come to your temple kena roboh jangan bising, that’s all… Jangan panggil media, jangan cakap orang tak buat betul, orang nak pecah kuil, patung, jangan cakap,” katanya kepada The Merdeka Times ketika ditemui di Kondominium Villa Puteri di sini.

Foto: Pengasas PKIPN, Joseph Prakash (kiri), Presiden PPIM, Datuk Nadzim Johan (tengah) & Pengasas MRM, Firdaus Wong Wai Hung (kanan) di ruangan ‘meeting’ Pusat Aktiviti PPIM.
Beliau berkata demikian selepas selesai mengadakan perbincangan untuk mencari solusi bagi isu kuil yang sedang melanda negara ini bersama Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan dan Pengasas Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa (MRM) yang juga pendakwah, Firdaus Wong Wai Hung.
Ia susulan kebelakangan ini, pelbagai isu terkait pembinaan kuil di tapak haram dan tidak mendapat kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang jelas melanggar undang-undang kerap kedengaran dan dilapor media tempatan.— The Merdeka Times
