Connect with us

Terkini

‘Tiada keperluan’, menteri KDN jawab dakwaan Samsuri dipantau, telefon dipintas

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail (kiri) & Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar (kanan)
  • Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail berkata, selain kawalan keselamatan bagi seorang menteri besar, tiada pengawasan tambahan diperlukan bagi Ahmad Samsuri Mokhtar.
  • Berhubung dakwaan telefon Samsuri dipintas, Saifuddin berkata: “Itu tanggapan beliau…walhal tiada apa-apa keperluan.”
  • Semalam, Menteri Besar Terengganu, Ahmad Samsuri Mokhtar mendakwa beliau dipantau ‘secara menyeluruh, senyap, dan berterusan’ oleh pihak berkuasa.

PETALING JAYA – “Itu tanggapan beliau, walhal tiada apa-apa keperluan.”

Berikut ulasan ringkas Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail bagi menjawab dakwaan Menteri Besar Terengganu, Ahmad Samsuri Mokhtar bahawa beliau dipantau ‘secara menyeluruh, senyap, dan berterusan’ oleh pihak berkuasa.

Menurut media, Saifuddin berkata Samsuri harus sedar bahawa sebagai menteri besar, beliau mendapat kawalan keselamatan pada setiap masa, dan sebarang ‘pengawasan’ tambahan tidak diperlukan.

“Sebagai menteri besar, pergerakan beliau ditemani seorang pegawai polis untuk tujuan keselamatan pada sepanjang masa. Tiada keperluan ‘spy’ beliau kerana polis memang sentiasa bersamanya,” katanya kepada media FMT.

Beliau turut mengakui bahawa dirinya juga sebelum ini pernah tersenarai (untuk pengawasan) pada 2000-2004.

“Saya sendiri pernah tersenarai (untuk pengawasan) pada 2000-2004. Saya anggap ini sebahagian tugasan pihak berkuasa,

“Saya beri kerjasama penuh dan hormat tugasan mereka. Sehingga suatu tempoh, nama saya dikeluarkan daripada senarai tersebut,” jelasnya.

Beliau berkata, semua VVIP dalam negara ini juga sentiasa diawasi untuk tujuan keselamatan, termasuk Samsuri.

“Dan sementara VVIP yang lain faham keadaan ini, Samsuri memilih utk jadikan isu,” tambah Saifuddin.

Semalam, Samsuri mendakwa beliau diletakkan bawah perintah kawalan perjalanan (TCO), yang menurutnya menandakan beliau sebagai individu berisiko dalam sistem kawalan sempadan Malaysia.

“Ke mana saya pergi, siapa yang saya temui, dan apa yang saya bualkan – semuanya menjadi perhatian pihak tertentu dan perlu dilaporkan oleh satu cawangan khusus kepada pihak ‘political master’ atau operator utamanya.

“Adakah telefon saya dipintas? Sudah tentu. 100%,” kata naib presiden PAS itu dalam satu kenyataan.

Samsuri menambah, selain dirinya, seorang lagi tokoh utama pembangkang turut dikenakan TCO.

Berhubung dakwaan telefon Samsuri dipintas, Saifuddin berkata: “Itu tanggapan beliau…walhal tiada apa-apa keperluan.” -The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *