Connect with us

Terkini

Tiada keperluan dedah nama kontraktor kes kebakaran Putra Heights – Ketua Polis Selangor

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan
  • “Keutamaan kita adalah untuk mengenal pasti punca kejadian. Setelah ia dikenal pasti, barulah kita boleh memperincikan siapa yang terlibat dan mengambil tindakan sewajarnya.
  • “Oleh itu, tiada keperluan untuk kami dedahkan nama syarikat atau mana-mana pihak lain pada ketika ini,” – Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.
  • Kebakaran saluran gas Petronas di Putra Heights, Subang Jaya yang menggemparkan negara pada pagi Selasa lalu, menyaksikan api menjulang setinggi lebih 30 meter dengan suhu mencecah 1,000 darjah Celsius dan mengambil masa hampir lapan jam untuk dipadamkan sepenuhnya.

KUALA LUMPUR — Tiada keperluan buat masa ini untuk mendedahkan nama-nama kontraktor yang didakwa terlibat dalam insiden kebakaran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya, kata Ketua Polis Selangor.

Datuk Hussein Omar Khan berkata siasatan masih belum diklasifikasikan sebagai kes jenayah dan kini tertumpu kepada mengenal pasti punca insiden.

“Fokus ketika ini adalah di lokasi kejadian, bukan kepada pendedahan siapa yang terlibat dan kita belum mengklasifikasikan sebarang kesalahan setakat ini.

“Polis menjalankan siasatan ini melalui kertas siasatan polis, yang memberi kuasa kepada kami untuk memanggil individu bagi sesi soal siasat dan mengumpul kenyataan.

“Keutamaan kita adalah untuk mengenal pasti punca kejadian. Setelah ia dikenal pasti, barulah kita boleh memperincikan siapa yang terlibat dan mengambil tindakan sewajarnya.

“Oleh itu, tiada keperluan untuk kami dedahkan nama syarikat atau mana-mana pihak lain pada ketika ini,” katanya dipetik media tempatan dalam satu sidang media semalam.

BERNAMA sebelum ini melaporkan kebakaran saluran gas Petronas yang menggemparkan negara pada pagi Selasa lalu, menyaksikan api menjulang setinggi lebih 30 meter dengan suhu mencecah 1,000 darjah Celsius dan mengambil masa hampir lapan jam untuk dipadamkan sepenuhnya.

Sebanyak 148 rumah terjejas dan mengalami kerosakan, tetapi boleh didiami setelah melalui proses pembaikan, manakala 87 lagi rumah mengalami kerosakan teruk dan tidak boleh didiami.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan (KKM) juga memaklumkan 38 daripada keseluruhan 146 mangsa tragedi itu masih dirawat di hospital dan klinik, merangkumi 18 mangsa di hospital kerajaan, manakala 20 lagi di kemudahan kesihatan swasta. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *