Connect with us

Terkini

Kesilapan paparan Jalur Gemilang: Sin Chew Daily akan ambil tindakan disiplin terhadap petugas

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Sin Chew Daily
  • Sin Chew Daily dalam kenyataan memaklumkan pihaknya telah menjalankan siasatan dalaman secara terperinci berkaitan insiden itu.
  • “Jabatan Pengarang Sin Chew Daily telah menambah baik prosedur semakan khususnya dalam aspek penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI). Kami berjanji untuk lebih berwaspada dan peka dalam menangani isu yang boleh menjejaskan maruah negara dan hubungan antara kaum,” menurut kenyataan itu.
  • Sultan Ibrahim semalam bertitah kesilapan memaparkan gambar Jalur Gemilang tanpa bulan sabit seperti disiarkan di muka hadapan sebuah akhbar berbahasa Cina tempatan (Sin Chew Daily) boleh mencetuskan sensitiviti rakyat dan tidak boleh diterima.

KUALA LUMPUR — Petugas yang bertanggungjawab atas kesilapan melibatkan paparan gambar Jalur Gemilang tanpa bulan sabit di muka hadapan akhbar Sin Chiew Daily pada Selasa akan berdepan dengan tindakan disiplin.

Sin Chew Daily dalam kenyataan memaklumkan pihaknya telah menjalankan siasatan dalaman secara terperinci berkaitan insiden itu.

“Jabatan Pengarang Sin Chew Daily telah menambah baik prosedur semakan khususnya dalam aspek penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI). Kami berjanji untuk lebih berwaspada dan peka dalam menangani isu yang boleh menjejaskan maruah negara dan hubungan antara kaum,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, pengurusan Sin Chew Daily dengan sepenuh hati menerima titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkaitan kesilapan Jalur Gemilang yang dipaparkan di muka hadapan akhbar itu.

Sultan Ibrahim semalam bertitah kesilapan memaparkan gambar Jalur Gemilang tanpa bulan sabit seperti disiarkan di muka hadapan sebuah akhbar berbahasa Cina tempatan (Sin Chew Daily) boleh mencetuskan sensitiviti rakyat dan tidak boleh diterima.

Menerusi catatan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar semalam, Seri Paduka Baginda bertitah pihak pengurusan dan jabatan pengarang akhbar berkenaan seharusnya lebih peka dan menyemak sesuatu bahan siaran terlebih dahulu sebelum dicetak.

Terdahulu, Sin Chew Daily tampil memohon maaf atas kesilapan memaparkan ilustrasi Jalur Gemilang itu.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) semalam mengesahkan Sin Chew Daily telah diberikan surat tunjuk sebab selepas dipanggil bagi siasatan berhubung isu penyiaran Jalur Gemilang tidak lengkap semalam.

KDN dalam kenyataan memaklumkan siasatan dilaksanakan serta-merta di bawah Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963 serta Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Pada Selasa, Sin Chew Daily menerbitkan ilustrasi Jalur Gemilang tanpa bulan sabit pada muka hadapannya sempena liputan lawatan negara Presiden China Xi Jinping ke Malaysia. — BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *