Connect with us

Terkini

Gantung lesen Sin Chew Daily untuk satu tempoh munasabah – Pakar Perlembagaan

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Pakar Perlembagaan, Datuk Profesor Madya Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain
  • Kementerian Dalam Negeri (KDN) wajar menggantung lesen akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily yang terbabit isu penyiaran gambar Jalur Gemilang tanpa bulan sabit (anak bulan) untuk satu tempoh masa yang munasabah.
  • Pakar Perlembagaan, Datuk Profesor Madya Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain berkata KDN perlu membuat siasatan segera jika penerbitan tersebut tidak mempunyai sebarang tujuan untuk menegur penghinaan terhadap bendera negara.
  • “Jika sekiranya foto demikian disiarkan oleh akhbar itu untuk mengecam dan menegur pemilik bot yang mengibarkan bendera cacat itu, itu kita boleh terima sebagai tindakan yang baik.
  • “Tapi jika bendera cacat itu sengaja disiarkan dengan niat mempropagandakan bendera cacat tersebut, diletakkan pula di sisi bendera negara komunis; adakah itu tidak menunjukkan satu motif jahat?,” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini.

KUALA LUMPUR — Kementerian Dalam Negeri (KDN) wajar menggantung lesen akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily yang terbabit isu penyiaran gambar Jalur Gemilang tanpa bulan sabit (anak bulan) untuk satu tempoh masa yang munasabah.

Pakar Perlembagaan, Datuk Profesor Madya Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain berkata KDN perlu membuat siasatan segera jika penerbitan tersebut tidak mempunyai sebarang tujuan untuk menegur penghinaan terhadap bendera negara.

“Jika sekiranya foto demikian disiarkan oleh akhbar itu untuk mengecam dan menegur pemilik bot yang mengibarkan bendera cacat itu, itu kita boleh terima sebagai tindakan yang baik.

“Tapi jika bendera cacat itu sengaja disiarkan dengan niat mempropagandakan bendera cacat tersebut, diletakkan pula di sisi bendera negara komunis; adakah itu tidak menunjukkan satu motif jahat?,” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini.

Wan Ahmad Fauzi berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kontroversi terkait Sin Chew Daily yang memapar gambar Jalur Gemilang tanpa bulan sabit yang diterbit di muka hadapan akhbar tersebut baru-baru ini.

Terdahulu, Sin Chew dalam satu kenyataan memohon maaf atas kesilapan itu dan menjelaskan bahawa ia berlaku disebabkan kesilapan teknikal yang tidak disengajakan.

Kesilapan itu mengundang kritikan netizen, termasuk Profesor Sejarah Sosial dan Intelektual Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam, UIAM, Prof Datuk Dr Ahmad Murad Merican yang mempersoal kesetiaan pihak editor akhbar itu kepada negara serta pakar bahasa dan perpaduan, Prof Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong yang dilapor menegaskan permohonan maaf semata-mata tidak memadai bagi kesalahan yang disifatkan amat memalukan dan tidak sepatutnya berlaku tersebut.

Tengah hari tadi media melaporkan, Ketua Editor dan Timbalan Ketua Penyunting akhbar Sin Chew Daily akan dipanggil untuk dirakam keterangan hari ini bagi membantu siasatan berhubung isu berkenaan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata dua individu itu akan dirakam keterangan di Pejabat Unit Siasatan Jenayah Terkelas Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman 1 tengah hari ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 3(1)(c) Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963 dan Seksyen 4(1) (b) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Mengulas lanjut, Wan Ahmad Fauzi berkata tindakan gantung lesen akhbar itu perlu dilakukan melainkan surat khabar tersebut membuktikan bahawa tindakan tegas sudah dikenakan ke atas pegawai dan kakitangan mereka yang bertanggungjawab dalam isu berkenaan.

Ahmad Fauzi berkata ia bukan sahaja kerana mereka bersubahat melakukannya, tapi juga kerana mereka gagal menghentikan perbuatan menghina bendera negara iaitu Jalur Gemilang, serta boleh digambarkan ia sebagai memprotes kedudukan Islam di Malaysia.

“Tindakan menyiar penghinaan terhadap bendera negara dengan menghilangkan tanda agama Islam itu wajar disiasat di bawah kesalahan 3R.

“Menyiarkan sesuatu simbol yang pada fikiran yang munasabah orang awam bertujuan atau boleh menyebabkan keadaan yang boleh menggugat ketenteraman awam adalah satu kesalahan di bawah kanun keseksaan,” katanya yang turut berpandangan dalam isu itu permintaan maaf sahaja tidak cukup, sebaliknya tindakan tegas perlu diambil ke atas mereka. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *