Connect with us

Terkini

Berita palsu AS tarik balik sijil halal kembali tersebar

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Berita palsu yang disebarkan.
  • Isu penarikan balik sijil halal produk Mcdonald’s, Domino’s, Starbucks, KFC, Pizza Hut oleh badan pensijilan halal di Amerika Syarikat atas dakwaan mengandungi lemak babi kembali tersebar dalam kalangan pengguna media sosial, termasuk melalui aplikasi Whatsapp.
  • Menurut satu kenyataan yang dikongsi Bahagian Pengurusan Halal JAKIM kepada The Merdeka Times – kesemua produk di atas merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah.

KUALA LUMPUR – Isu penarikan balik sijil halal produk Mcdonald’s, Domino’s, Starbucks, KFC, Pizza Hut oleh badan pensijilan halal di Amerika Syarikat atas dakwaan mengandungi lemak babi kembali tersebar dalam kalangan pengguna media sosial, termasuk melalui aplikasi Whatsapp.

Walaupun dakwaan itu didapati palsu dan mula tersebar sejak 2017, namun masih ada pihak tidak bertanggungjawab yang berkongsi dan menyebarkan maklumat berkenaan.

Menurut satu kenyataan yang dikongsi Bahagian Pengurusan Halal JAKIM kepada The Merdeka Times – McDonald’s Malaysia, Domino’s, Starbucks Malaysia, KFC Malaysia dan Pizza Hut Malaysia merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah.

“Pengurusan dan kawalan bahan mentah bagi setiap premis yang telah dipersijilkan halal adalah berbeza mengikut negara.

“Di Malaysia, premis yang dipersijilkan halal oleh pihak berkuasa berwibawa iaitu JAKIM, majlis agama Islam negeri (MAIN) atau jabatan agama Islam negeri (JAIN) memenuhi keperluan, standard dan pekeliling yang berkuatkuasa di mana segala analisis sumber ramuan, halal dan kebersihan telah dinilai dan melalui proses yang amat teliti,” jelas kenyataan itu.

Isu yang mengundang spekulasi setiap tahun itu mengaitkan kononnya penggunaan ramuan LM10 yang mengandungi lemak babi di semua premis makanan tersebut.

Untuk mengetahui premis makanan yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia, boleh layari Portal Halal Malaysia di https://www.halal.gov.my/v4/ atau melalui aplikasi telefon pintar Verify Halal dan Smart Halal. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *