Connect with us

Antarabangsa

Angelina Jolie pertahan Palestin, Kutuk kekejaman Israel

WhatsApp
Facebook0
Twitter

Published

on

Foto: Pelakon terkenal Hollywood dan aktivis kemanusiaan, Angelina Jolie
  • Menerusi satu hantaran di Instagram Story, Jolie berkongsi mesej dari organisasi Doctors Without Borders yang melaporkan serangan berterusan dari udara, darat dan laut oleh tentera Israel sejak 7 Oktober 2023, telah memusnahkan sebahagian besar infrastruktur dan mengorbankan puluhan ribu nyawa, majoritinya wanita dan kanak-kanak.
  • Jolie turut membidas sekatan kemanusiaan yang dikenakan, yang menurutnya sengaja menghalang bantuan sampai kepada mereka yang memerlukan.

Pelakon terkenal Hollywood dan aktivis kemanusiaan, Angelina Jolie, menyuarakan kecaman keras terhadap tindakan ketenteraan Israel di Gaza yang disifatkannya sebagai tanah perkuburan besar bagi rakyat Palestin dan petugas kemanusiaan.

Menerusi satu hantaran di Instagram Story, Jolie berkongsi mesej dari organisasi Doctors Without Borders yang melaporkan serangan berterusan dari udara, darat dan laut oleh tentera Israel sejak 7 Oktober 2023, telah memusnahkan sebahagian besar infrastruktur dan mengorbankan puluhan ribu nyawa, majoritinya wanita dan kanak-kanak.

Jolie turut membidas sekatan kemanusiaan yang dikenakan, yang menurutnya sengaja menghalang bantuan sampai kepada mereka yang memerlukan.

Kenyataan tersebut mengundang kritikan daripada penyokong pro-Israel, namun latar belakang Jolie sebagai Duta Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pelarian (UNHCR) selama lebih 20 tahun memberikan kredibiliti kepada pendiriannya.

Sejak bermulanya konflik terkini, lebih 51,000 rakyat Palestin dilaporkan terkorban, manakala kediaman, hospital dan sekolah menjadi sasaran serangan.

Situasi semakin mendapat perhatian antarabangsa apabila Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) pada November 2024 mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan, Yoav Gallant, atas tuduhan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan. Israel juga sedang berdepan kes genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).-The Merdeka Times

Author