Connect with us

Terkini

Harith Iskander, Cecelia Yap dikompaun RM10,000 kerana hina Islam – MCMC

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Pelawak Harith Iskander
  • Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam kenyataan malam semalam memaklumkan tindakan kompaun di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 itu dibuat setelah mendapat izin Jabatan Peguam Negara (AGC).
  • MCMC turut memaklumkan atas permintaan, pengendali Facebook, Meta telah menurunkan kandungan berkenaan setelah ia didapati melanggar garis panduan komuniti platform media sosial itu.

PUTRAJAYA — Pelawak Harith Iskander dan Cecelia Yap Song masing-masing akan dikenakan kompaun berjumlah RM10,000 atas kesalahan memuat naik kandungan serta komen bersifat jelik dan menghina agama Islam.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam kenyataan malam semalam memaklumkan tindakan kompaun di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 itu dibuat setelah mendapat izin Jabatan Peguam Negara (AGC).

MCMC turut memaklumkan atas permintaan, pengendali Facebook, Meta telah menurunkan kandungan berkenaan setelah ia didapati melanggar garis panduan komuniti platform media sosial itu.

“Selain itu, permohonan penutupan akaun Facebook milik kedua-dua individu terbabit juga telah dibuat. Permohonan tersebut kini dalam penelitian dan penilaian pihak Meta,” menurut kenyataan tersebut.

Harith didakwa memuat naik gambar secawan kopi dengan kapsyen yang didakwa menghina agama di akaun Facebooknya pada 18 Jan lepas, manakala Cecelia di bawah akaun Facebooknya Cecilia Yap Song KL didakwa memuat naik komen menghina agama Islam pada hantaran selebriti berkenaan tiga hari kemudian. — BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *