Politik
Guan Eng saran peruntukan kaum bukan Bumiputera dinaikkan 10 peratus

- Memberikan contoh, Pengerusi Kebangsaan DAP, Lim Guan Eng berkata, dalam Belanjawan 2022, sebanyak RM11.4 bilion diperuntukan kepada kaum Bumiputera tetapi pada masa sama hanya RM345 juta diperuntukkan kepada kelompok bukan Bumiputera iaitu sekadar tiga peratus daripada apa diberikan kepada kaum Bumiputera.
- “Di sini saya ingin syorkan kalau boleh untuk Kerajaan MADANI yang menjaga semua boleh naikkan daripada tiga peratus kepada 10 peratus iaitu apa yang diberikan kepada golongan Bumiputera kita tiada bantahan kita sokong, tetapi daripada bilangan jumlah yang diberikan kepada kaum Bumiputera, bagi 10 peratus kepada kaum bukan Bumiputera.
- “Contohnya kalau diberikan kepada kaum Bumiputera RM12 bilion, minta untuk (bagi) kaum bukan Bumiputera RM1.2 bilion itu saya rasa memang akan bantu kita rancakkan pembangunan ekonomi,” katanya di Dewan Rakyat di sini semalam.
KUALA LUMPUR — Pengerusi Kebangsaan DAP, Lim Guan Eng meminta Kerajaan MADANI menaikkan peruntukan kepada kaum bukan Bumiputera daripada tiga peratus kepada 10 peratus daripada jumlah keseluruhan peruntukan diterima komuniti Bumiputera.
Memberikan contoh, Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, dalam Belanjawan 2022, sebanyak RM11.4 bilion diperuntukan kepada kaum Bumiputera tetapi pada masa sama hanya RM345 juta diperuntukkan kepada kelompok bukan Bumiputera iaitu sekadar tiga peratus daripada apa diberikan kepada kaum Bumiputera.
Beliau berkata kenaikan itu perlu kerana ia berupaya membantu merancakkan pembangunan ekonomi.
“Di sini saya ingin syorkan kalau boleh untuk Kerajaan MADANI yang menjaga semua boleh naikkan daripada tiga peratus kepada 10 peratus iaitu apa yang diberikan kepada golongan Bumiputera kita tiada bantahan kita sokong, tetapi daripada bilangan jumlah yang diberikan kepada kaum Bumiputera, bagi 10 peratus kepada kaum bukan Bumiputera.
“Contohnya kalau diberikan kepada kaum Bumiputera RM12 bilion, minta untuk (bagi) kaum bukan Bumiputera RM1.2 bilion itu saya rasa memang akan bantu kita rancakkan pembangunan ekonomi,” katanya di Dewan Rakyat di sini semalam. — The Merdeka Times
