Terkini
Apa perkembangan kes Harith, Cecilia Yap? – Akmal Saleh

- “Saya juga nak tanya pada pihak berkuasa, jika tiga DJ (penyampai) telah disiasat dan dikenakan hukuman oleh majikan mereka, apa perkembangan bagi kes Cecillia Yap dan Harith Iskander yang memperlekehkan nama Nabi Muhammad SAW dan agama Islam?,” soal beliau dalam hantaran Facebook-nya hari ini.
- Tegasnya, undang-undang terpakai kepada semua pihak, bukannya mengikut sokongan orang berpengaruh.
- 4 Februari lalu, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain menyatakan bahawa masih dalam proses melengkapkan siasatan dan memberi jaminan kertas siasatan membabitkan pelakon dan pelawak Harith Iskander dan Cecilia Yap Song berhubung kes menghina agama Islam akan dihantar ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya secepat mungkin.
KUALA LUMPUR — Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh meminta pihak berkuasa menjelaskan perkembangan siasatan kes menghina agama Islam yang melibatkan selebriti, Harith Iskander dan Cecilia Yap Song.
“Saya juga nak tanya pada pihak berkuasa, jika tiga DJ (penyampai) telah disiasat dan dikenakan hukuman oleh majikan mereka, apa perkembangan bagi kes Cecillia Yap dan Harith Iskander yang memperlekehkan nama Nabi Muhammad SAW dan agama Islam?,” soal beliau dalam hantaran Facebook-nya hari ini.
Tegasnya, undang-undang terpakai kepada semua pihak, bukannya mengikut sokongan orang berpengaruh.
“Undang-undang terpakai untuk semua, bukan terpilih mengikut sokongan orang berpengaruh,” tambah Dr Akmal.
Dalam kenyataan sama, beliau menyokong apabila tiga penyampai radio yang mempermainkan isu sensitif bagi penganut Hindu dikenakan tindakan.
“Seperti kenyataan saya sebelum ini mengenai isu Pak Cik Jagung yang mana kita tidak boleh menerima norma buat dahulu baharu minta maaf dan selesai.
“Satu tindakan hukuman perlu diberikan kepada mereka ini dan tiada siapa pun yang boleh terkecuali dalam tindakan ini tidak kira agama, bangsa dan negara,” katanya lagi.
4 Februari lalu, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain menyatakan bahawa masih dalam proses melengkapkan siasatan dan memberi jaminan kertas siasatan membabitkan pelakon dan pelawak Harith Iskander dan Cecilia Yap Song berhubung kes menghina agama Islam akan dihantar ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya secepat mungkin. – The Merdeka Times
