Connect with us

Antarabangsa

AIRBNB, Booking.com langgar undang-undang antarabangsa iklan sewa bilik di tanah haram Israel

WhatsApp
Facebook0
Twitter

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Dengan beroperasi di penempatan-penempatan haram ini, syarikat multinasional termasuk Booking.com dan Airbnb melanggar undang-undang antarabangsa, amaran aktivis hak asasi manusia.
  • “Mana-mana syarikat yang menjalankan perniagaan di penempatan haram Israel sedang membenarkan jenayah perang dan membantu menyokong sistem apartied Israel” – Amnesty International UK.
  • “Dengan membenarkan hartanah di penempatan Israel disenaraikan di laman mereka, Airbnb dan Booking.com menyumbang kepada perebutan tanah, sekatan pergerakan yang melemahkan dan juga pengusiran paksa orang Palestin di Tebing Barat” – Human Rights.

BAITULMAQDIS – Analisis eksklusif yang dijalankan The Guardian mendapati 760 bilik hotel, apartmen, dan sewaan percutian lain di penempatan haram Israel di Tebing Barat, termasuk Baitulmaqdis Timur, diiklankan di dua laman web pelancongan paling popular di dunia.

Secara keseluruhan, hampir 350 hartanah dikenalpasti – 321 daripadanya rumah, apartmen atau bilik yang disenaraikan di Airbnb, dan 26 hotel di Booking.com – di seluruh Tebing Barat termasuk Baitulmaqdis Timur, setakat 30 Ogos 2024.

Dengan beroperasi di penempatan-penempatan haram ini, syarikat multinasional termasuk Booking.com dan Airbnb melanggar undang-undang antarabangsa, amaran aktivis hak asasi manusia.

Booking.com dan Airbnb adalah antara 16 syarikat bukan Israel yang dikenal pasti oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) kerana mempunyai hubungan dengan penempatan Israel di Tebing Barat.

“Mana-mana syarikat yang menjalankan perniagaan di penempatan haram Israel sedang membenarkan jenayah perang dan membantu menyokong sistem apartied Israel,” kata Kristyan Benedict, Pengurus Krisis Amnesty International UK, sebagai maklum balas terhadap analisis ini.

“Dengan tentera Israel dan peneroka yang telah membunuh dan mencederakan sejumlah besar orang awam Palestin di Tebing Barat termasuk Baitulmaqdis Timur dalam 15 bulan yang lalu, syarikat pelancongan sedang menjadikan diri mereka sebagai sekutu dalam sistem jenayah perang Israel yang berlumuran darah dan penindasan sistematik.

“Jenayah perang bukan tarikan pelancong – Airbnb, Booking.com dan komuniti perniagaan yang lebih luas harus segera memutuskan semua hubungan dengan pendudukan haram Israel dan pengambilalihan berterusan tanah Palestin,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Sari Bashi, pengarah program di Human Rights Watch, pula berkata, dengan membenarkan hartanah di penempatan Israel disenaraikan di laman mereka, Airbnb dan Booking.com menyumbang kepada perebutan tanah, sekatan pergerakan yang melemahkan dan juga pengusiran paksa orang Palestin di Tebing Barat.

Pada November 2023, organisasi bukan kerajaan dari Belanda, Pusat Penyelidikan Syarikat Multinasional (Somo), telah mengemukakan aduan kepada pendakwa raya awam Belanda.

Dalam aduan tersebut, Booking.com didakwa mendapat keuntungan daripada jenayah perang dengan memudahkan penyewaan rumah percutian di tanah yang dirampas daripada penduduk Palestin asli.

Bulan lalu, kumpulan itu mengemukakan bukti baru kepada pendakwa raya Belanda yang mendakwa bahawa sejak mengemukakan aduan awal, Booking.com telah mengembangkan secara signifikan penyenaraian mereka melibatkan penempatan haram di Tebing Barat.

“Kami dapat melihat daripada penyenaraian (Booking.com) yang berterusan di wilayah Palestin yang diduduki, mereka tidak mempunyai niat langsung untuk berhenti melakukan apa yang mereka lakukan,” katanya. – The Merdeka Times.

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *