Terkini
(VIDEO) Imran Bard dikritik netizen, papar video seakan normalisasi gay

KUALA LUMPUR — Majoriti netizen Muslim mengkritik kandungan video pempengaruh media sosial, Imran Bard dilihat seakan-akan mempromosi dan menormalisasikan budaya songsang kelompok gay.
Dalam video berdurasi 30 saat bertarikh 28 Januari lalu yang dimuat naik Imran Bard di Instagram, pempengaruh media sosial itu dilihat melakukan beberapa babak ‘mesra’ bersama lelaki lain yang memanggilnya sebagai sayang.
Berlatarbelakangkan dapur di sebuah restoran, video itu bermula dengan Imran Bard menghidangkan sepinggan Char Kuey Tiaw untuk seorang lelaki berbaju hitam, tetapi ia kemungkinan tidak kena pada selera lelaki itu yang memberitahu dia akan mengajar Imran untuk memasak.
Adegan selepas itu memaparkan Imran Bard beberapa kali dipeluk dari belakang oleh lelaki terbabit semasa sedang memasak, malah ada babak di mana lelaki itu juga menunjukkan reaksi wajah seperti mengetap bibir sambil menarik Imran rapat setentang dengannya.

Foto: Antara tangkap layar babak dalam video dimuatnaik imranbard di Instagram dan reaksi netizen.
Tinjauan The Merdeka Times di ruangan komen mendapati netizen menyifatkan kandungan video Imran itu sebagai kandungan yang tidak sesuai dan merepek, serta melabel pempengaruh media sosial yang suatu ketika dulu popular dengan kandungan video memasak berlatarbelakangkan suasana kampung sebagai individu yang terkena kejutan budaya.
Mereka juga mengingatkan Imran supaya tidak menormalisasikan perkara yang jelas dilarang dalam Islam sama ada menerusi gurauan atau apa sahaja yang antara lain dikhuatiri akan menyebabkan ia menjadi ikutan.

Foto: Antara tangkap layar reaksi netizen ke atas video dimuatnaik Imran Bard.
“Kau kan Islam tak perlu content macam tu la mat..jadi la lelaki sejati mat..makin over pulak kau ni..tak elok untuk budak-budak tengok content ni dan tak elok juga orang bukan Islam tengok…nanti orang bukan Islam fikir semua sama je semua agama tak kisah benda-benda mcm ni. Sebelum buat fikir dulu la mat,” komen Muhamadkhirsmail.
“Imran. I thought you were smart enough about this. Don’t normalize wrong things even though you think it’s your nature. Popularity over common sense. RIP. (Imran. Saya sangka awak cukup bijak tentang hal ini. Jangan normalkan perkara yang salah walaupun awak fikir itu adalah sifat semula jadi awak. Populariti mengatasi akal yang waras. RIP.),” komen ef____nh.

Foto: Tangkap layar komen netizen di Instagram imranbard.
“Kaum pelangi (gambar bendera LGBT) makin berani expose sekarang,” kata Mazizuladri.
“Done unfollow. Jangan sokong dengan acah-acah gay pun,” komen Haafirah.

Foto: Tangkap layar komen netizen di Instagram imranbard.

Foto: Tangkap layar komen netizen di Instagram imranbard.
Dalam pada itu, terdapat netizen yang berharap akan ada tindakan diambil oleh pihak berkuasa dalam membendung perkara tersebut sebelum kelompok songsang dari komuniti LGBTQ membarah. — The Merdeka Times
