Connect with us

Terkini

Papar kebebasan hubungan sejenis dalam talian satu kesalahan di bawah Akta 588

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Logo Kementerian Komunikasi
  • Kandungan memaparkan kebebasan hubungan sesama jenis secara terbuka dalam talian yang memberi kesan negatif boleh menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] sekiranya mempunyai elemen kandungan lucah dan sumbang.
  • Kementerian Komunikasi berkata bagi kesalahan seumpama itu, MCMC akan mengambil tindakan penguatkuasaan yang sewajarnya di bawah Akta 588.
  • Kesalahan berkaitan hubungan sejenis juga tertakluk di bawah peruntukan Seksyen 377 Kanun Keseksaan [Akta 574] yang dikuatkuasakan PDRM.
  • “…Tindakan pemantauan proaktif oleh MCMC serta kerjasama dengan penyedia perkhidmatan juga terus dipertingkatkan bagi memastikan kandungan dalam talian bagi kesalahan tersebut dapat dikenal pasti, disekat dan diturunkan dengan kadar segera,” katanya menerusi jawapan bertulis pada Selasa yang disiarkan di laman web Parlimen.
  • Ia menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir yang meminta Menteri Komunikasi menyatakan usaha Kementerian dalam mengawal kandungan media sosial yang memaparkan kebebasan hubungan sesama jenis secara terbuka yang dilihat boleh memberi kesan negatif kepada nilai-nilai agama, meruntuhkan norma moral masyarakat dan membawa impak negatif terhadap kesejahteraan sosial dan keharmonian negara.

KUALA LUMPUR — Kandungan memaparkan kebebasan hubungan sesama jenis secara terbuka dalam talian yang memberi kesan negatif boleh menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] sekiranya mempunyai elemen kandungan lucah dan sumbang.

Kementerian Komunikasi berkata bagi kesalahan seumpama itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan mengambil tindakan penguatkuasaan yang sewajarnya di bawah Akta 588.

Tambahnya, kesalahan berkaitan hubungan sejenis juga tertakluk di bawah peruntukan Seksyen 377 Kanun Keseksaan [Akta 574] yang dikuatkuasakan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Dalam perihal ini, MCMC menjalinkan kerjasama erat dengan PDRM bagi memastikan tindakan secara menyeluruh dapat diambil dalam usaha membendung penyebaran kandungan yang memberi impak negatif terhadap kesejahteraan sosial dan keharmonian negara.

“…Tindakan pemantauan proaktif oleh MCMC serta kerjasama dengan penyedia perkhidmatan juga terus dipertingkatkan bagi memastikan kandungan dalam talian bagi kesalahan tersebut dapat dikenal pasti, disekat dan diturunkan dengan kadar segera,” katanya menerusi jawapan bertulis pada Selasa yang disiarkan di laman web Parlimen.

Jawapan bertulis itu bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir yang meminta Menteri Komunikasi menyatakan usaha Kementerian dalam mengawal kandungan media sosial yang memaparkan kebebasan hubungan sesama jenis secara terbuka yang dilihat boleh memberi kesan negatif kepada nilai-nilai agama, meruntuhkan norma moral masyarakat dan membawa impak negatif terhadap kesejahteraan sosial dan keharmonian negara.

Kementerian Komunikasi berkata MCMC juga melaksanakan sesi libat urus secara berterusan dengan penyedia platform media sosial bagi membuka peluang kerjasama di antara penyedia platform dan pihak penguatkuasa.

Melalui sesi itu, penyedia platform dapat memahami konteks tempatan dari segi nilai, norma masyarakat dan undang-undang yang mungkin tidak selaras standard komuniti dan terma dan syarat mereka di mana usaha tersebut menyumbang kepada penambahbaikan kerja-kerja penyederhanaan kandungan oleh penyedia platform dan menjadikannya lebih efisien dan berkesan.

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *