Connect with us

Terkini

Otak individu ketagih pornografi 100 kali ganda lebih rosak berbanding ketagih kokain

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Penulis Ebook Seksualiti Kanak-kanak, Akhi Fairuz Al-Jengkawi
  • Penulis Ebook Seksualiti Kanak-kanak, Akhi Fairuz Al-Jengkawi mendedahkan hasil kajian MRI mendapati otak individu yang ketagih pornografi 100 kali ganda lebih rosak berbanding ketagih dadah kokain.
  • Bahagian paling banyak rosak adalah depan otak (belakang dahi), juga lebih dikenali sebagai pre frontal cortex (PFC).
  • Ia dijadikan untuk kita memahami, logik, fokus, merancang sesuatu, membezakan baik buruk, penerapan nilai-nilai dalam hidup dan kritis dalam membuat pilihan.
  • “Tapi bila mula menonton adegan lucah, baik soft pornography (cium-cium, seksi-seksi di social media, anime yang ada unsur berkenaan dll), maka otak akan merembeskan hormon dopamine dan menyalurkan ia ke bahagian PFC.
  • “Lebih parah apabila hormon ini akan keluar tanpa kawalan dan berganda-ganda dari biasa sebab itu mana-mana individu yang dah mula terdedah dengan soft pornography, maka otaknya akan memicu untuk mencari kepuasan yang lebih lagi hingga beralih kepada hardcore pornography!
  • “Bila dopamine dah banyak sangat keluar dalam otak disebabkan pornografi, lama kelamaan ia jadi tak terkawal… Macam dalam kes ni, dah ada behavior yang pelik-pelik dah berlaku kepada pelajar lelaki berkenaan akhirnya mula ketagih dengan melancap, mula terfikir nak rogol adik sendiri, mula cari mangsa dalam kalangan kanak-kanak, mula pergi surau waktu subuh untuk cabul budak!,” kata Akhi Fairuz menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.

KUALA LUMPUR — Seorang penulis Ebook Seksualiti Kanak-kanak mendedahkan hasil kajian Magnetic Resonance Imaging (MRI) mendapati otak individu yang ketagih pornografi 100 kali ganda lebih rosak berbanding ketagih dadah kokain.

Akhi Fairuz Al-Jengkawi berkata bahagian paling banyak rosak adalah depan otak (belakang dahi), juga lebih dikenali sebagai pre frontal cortex (PFC).

Menurut beliau bahagian itu dijadikan Allah SWT untuk kita memahami, logik, fokus, merancang sesuatu, membezakan baik buruk, penerapan nilai-nilai dalam hidup dan kritis dalam membuat pilihan.

“Tapi bila mula menonton adegan lucah, baik soft pornography (cium-cium, seksi-seksi di social media, anime yang ada unsur berkenaan dll), maka otak akan merembeskan hormon dopamine dan menyalurkan ia ke bahagian PFC.

“Lebih parah apabila hormon ini akan keluar tanpa kawalan dan berganda-ganda dari biasa sebab itu mana-mana individu yang dah mula terdedah dengan soft pornography, maka otaknya akan memicu untuk mencari kepuasan yang lebih lagi hingga beralih kepada hardcore pornography!

“Bila dah biasa tengok porn hubungan seksual yang biasa, si penagih itu akan berkeinginan untuk akses genre lucah yang lain pula… Akhirnya dia akan cuba tonton incest porno (sesama adik beradik), BDSM (ganas), gangbang (beramai-ramai), gay porn, lesbian porn bahkan paling parah berakhir dengan child pornography!

“Bila dopamine dah banyak sangat keluar dalam otak disebabkan pornografi, lama kelamaan ia jadi tak terkawal… Macam dalam kes ni, dah ada behavior yang pelik-pelik dah berlaku kepada pelajar lelaki berkenaan akhirnya mula ketagih dengan melancap, mula terfikir nak rogol adik sendiri, mula cari mangsa dalam kalangan kanak-kanak, mula pergi surau waktu subuh untuk cabul budak!,” kata Akhi Fairuz menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.

Foto: Gambar tangkap layar dimuat naik Akhi Fairuz di Facebook.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tangkap layar hantaran seorang individu yang meminta pendapat para guru tentang tindakan boleh diambil berhubung seorang pelajar perempuan yang mengadu abangnya ketagih melayari laman web pornografi dan tingkah laku berkaitan.

Foto: Tangkap layar hantaran Facebook dimuat naik Akhi Fairuz di media sosialnya.

Perbuatan si abang menyebabkan pelajar perempuan itu berasa tidak selamat berada di rumah dan pada masa sama takut untuk memberitahu kepada ibu bapa mereka membuatkan dia mengadu kepada guru di sekolah memandangkan abangnya bersekolah di sekolah yang sama.

Mengulas lanjut, Akhi Fairuz menegaskan bahawa sebarang perilaku seksual yang tidak masuk akal yang berlaku dalam negara ini kebanyakannya bermula daripada ketagihan pornografi hingga membawa kepada jenayah seksual terhadap kanak-kanak terutamanya.

Beliau berkata ada juga ia bermula daripada menjadi mangsa masa zaman kanak-kanak atau remaja yang akhirnya membuatkan dia menjadi seorang pemangsa ketika ini.

“Sebab itu tolong ubah mindset! Memang tengok porn tu aib peribadi, tapi bila kesannya boleh membawa kepada hal yang lebih teruk, maka eloklah bagi tahu cikgu kaunselor di sekolah! Budak lelaki tu kena jalani sesi bersama kaunselor.

“Jika tidak, kerisauan murid perempuan berkenaan terhadap abangnya boleh terjadi… Benda ni bukan main-main. Orang yang ketagih ni mana fikir apa-apa dah, yang penting dapat puaskan nafsu dia! Otak dah rosak kan!

“Ibu bapa pun kena tahu juga sebab salah satu cara untuk berhenti ketagihan adalah ada support group yang kuat dari orang terdekat, keluarga terutamanya,” kata Akhi Fairuz. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *