Antarabangsa
Terma ‘genosid’ terhadap Israel menyakitkan dan memecah belah – Persatuan Sekolah di Amerika

- Hanya kerana seorang penceramah muslim menggunakan istilah genosid bagi merujuk tindakan kejam Israel di Gaza dalam sebuah persidangan, penganjur Persatuan Sekolah Bebas Kebangsaan (NAIS) tampil memohon maaf kepada peserta konvensyen keesokan harinya.
- NAIS mendakwa penggunaan istilah genosid bagi tindakan kejam Israel di Gaza sebagai menyakitkan dan memecah belah.
AMERIKA SYARIKAT – Hanya kerana seorang penceramah muslim menggunakan istilah genosid bagi merujuk tindakan kejam Israel di Gaza dalam sebuah persidangan, penganjur Persatuan Sekolah Bebas Kebangsaan (NAIS) tampil memohon maaf kepada peserta konvensyen keesokan harinya.
NAIS mendakwa penggunaan istilah genosid bagi tindakan kejam Israel di Gaza sebagai menyakitkan dan memecah belah.
Justeru dalam satu kenyataan, Majlis Hubungan Amerika-Islam (CAIR), organisasi hak sivil dan advokasi Muslim terbesar di Amerika Syarikat, menggesa NAIS untuk menolak Islamofobia dan rasisme anti-Palestin.
“Pada bulan Disember, seorang penceramah Muslim di People of Color Conference anjuran NAIS merujuk tindakan Israel di Gaza sebagai genosid, satu istilah yang digunakan oleh ramai pakar antarabangsa.
“Ucapannya menerima tepukan gemuruh daripada hadirin. Namun, pada keesokan harinya, pemimpin NAIS meminta maaf kepada peserta konvensyen kerana penggunaan istilah tersebut,” jelas CAIR.
NAIS menyediakan perkhidmatan kepada lebih 2,000 sekolah dan persatuan sekolah di Amerika Syarikat dan peringkat antarabangsa. -The Merdeka Times
