Antarabangsa
Waran tangkap ICC ‘kembalikan’ perhatian dunia kepada Rohingya
- Kerajaan Bangladesh menyifatkan waran tangkap ketua tentera Myanmar, Min Aung Hlaing sebagai langkah “penting” ke arah mendapatkan keadilan atas kekejaman dilakukan terhadap minoriti Rohingya yang teraniaya di negara itu.
- Wakil tinggi hal ehwal Rohingya kerajaan sementara Bangladesh, Khalilur Rahman memberitahu agensi berita Anadolu bahawa waran tangkap itu “adalah satu langkah ke arah memastikan keadilan dan akauntabiliti”.
- Pesuruhjaya tambahan bagi pelarian, bantuan dan penghantaran pulang kerajaan Bangladesh, Shamsud Douza pula berkata waran tangkap itu telah membawa “krisis Rohingya kembali menjadi perhatian global”.
- Ketua pendakwa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) pada Rabu memfailkan permohonan waran tangkap untuk ketua tentera Myanmar berhubung jenayah dilakukan ke atas etnik Rohingya.
- Pendakwa Raya ICC, Karim Khan mendakwa Jeneral Kanan Min Aung Hlaing “bertanggungjawab secara jenayah terhadap jenayah kemanusiaan,” termasuk pengusiran dan penganiayaan terhadap Rohingya, yang dilakukan di Myanmar dan beberapa bahagian Bangladesh dari 25 Ogos hingga 31 Disember 2017.
Kerajaan Bangladesh menyifatkan waran tangkap ketua tentera Myanmar, Min Aung Hlaing sebagai langkah “penting” ke arah mendapatkan keadilan atas kekejaman dilakukan terhadap minoriti Rohingya yang teraniaya di negara itu.
Wakil tinggi hal ehwal Rohingya kerajaan sementara Bangladesh, Khalilur Rahman memberitahu agensi berita Anadolu bahawa waran tangkap itu “adalah satu langkah ke arah memastikan keadilan dan akauntabiliti”.
Pesuruhjaya tambahan bagi pelarian, bantuan dan penghantaran pulang kerajaan Bangladesh, Shamsud Douza pula berkata waran tangkap itu telah membawa “krisis Rohingya kembali menjadi perhatian global”.
Ketua pendakwa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) pada Rabu memfailkan permohonan waran tangkap untuk ketua tentera Myanmar berhubung jenayah dilakukan ke atas etnik Rohingya.
Pendakwa Raya ICC, Karim Khan mendakwa Jeneral Kanan Min Aung Hlaing “bertanggungjawab secara jenayah terhadap jenayah kemanusiaan,” termasuk pengusiran dan penganiayaan terhadap Rohingya, yang dilakukan di Myanmar dan beberapa bahagian Bangladesh dari 25 Ogos hingga 31 Disember 2017.
ICC menganggarkan keganasan itu membawa kepada pemindahan secara paksa lebih sejuta etnik Rohingya dengan majoritinya mencari perlindungan di negara jiran, Bangladesh.
Aung, ketua tentera berkuasa Myanmar, dikenali sebagai Tatmadaw, berkhidmat sebagai pemerintah tentera negara itu sejak rampasan kuasa junta pada 2021.
Siasatan ICC bermula 2019 membabitkan angkatan tentera Myanmar, Tatmadaw, polis negara, polis pengawal sempadan dan orang awam bukan Rohingya dalam jenayah yang didakwa, kata Khan. – The Merdeka Times