Connect with us

Agama

Tubuh jawatankuasa khas, program advokasi antara inisiatif kerajaan tangani isu LGBT

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar
  • Penubuhan Jawatankuasa Khas Berkenaan Isu Lesbian, Gay, Biseksual dan (LGBT) yang beragama Islam di Malaysia antara inisiatif dilakukan kerajaan melalui JAKIM dengan kerjasama agensi lain bagi menangani kelompok LGBTQ di negara ini.
  • Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata jawatankuasa itu dianggotai Kementerian, Jabatan, Agensi dan NGO yang akan menyelaraskan isu-isu LGBT berbangkit dalam kalangan umat Islam dalam aspek pendidikan dan advokasi, dakwah dan bimbingan serta penguatkuasaan.
  • Kerajaan melalui JAKIM dengan kerjasama semua agensi dan Jabatan Agama Islam Negeri-negeri juga telah membangunkan Pelan Tindakan Sosial Islam (PTSI) bagi menangani gejala sosial dalam kalangan masyarakat terutamanya permasalahan sosial dihadapi masyarakat Islam di Malaysia yang semakin meruncing seperti isu penagihan dadah, remaja hamil (tidak berkahwin), pembuangan bayi, perceraian, gelandangan, penularan virus HIV / AIDS, penagihan arak, seks bebas, sumbang mahram, jenayah juvana, pengamalan gaya hidup songsang dan sebagainya.
  • “Kerajaan juga telah mewujudkan Pusat Khidmat Keluarga dan Sosial Komuniti (PKKSK), termasuk KSKCareCentre yang diletakkan di bawah JAKIM.
  • KSKCareCentre merupakan pusat khidmat kaunseling syarie, terapi psikospiritual Islam dan Ilaj Syarie yang terletak di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin yang dibuka kepada semua masyarakat awam dan memberikan perkhidmatan secara percuma,” kata Mohd Na’im menerusi jawapan bertulis di laman web Parlimen di sini pada Rabu bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Jasin dari PN, Zulkifli Ismail yang menginginkan Perdana Menteri menyatakan pendirian dan tindakan JAKIM dalam menangani kelompok LGBTQ di Malaysia.

KUALA LUMPUR — Penubuhan Jawatankuasa Khas Berkenaan Isu Lesbian, Gay, Biseksual dan (LGBT) yang beragama Islam di Malaysia antara inisiatif dilakukan kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama agensi lain bagi menangani kelompok LGBTQ di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata jawatankuasa itu dianggotai Kementerian, Jabatan, Agensi dan NGO yang akan menyelaraskan isu-isu LGBT berbangkit dalam kalangan umat Islam dalam aspek pendidikan dan advokasi, dakwah dan bimbingan serta penguatkuasaan.

Mohd Na’im berkata ahli jawatankuasa berperanan dan melaksanakan fungsi mengikut bidang kuasa masing-masing.

Katanya, kerajaan melalui JAKIM dengan kerjasama semua agensi dan Jabatan Agama Islam Negeri-negeri juga telah membangunkan Pelan Tindakan Sosial Islam (PTSI) bagi menangani gejala sosial dalam kalangan masyarakat terutamanya permasalahan sosial dihadapi masyarakat Islam di Malaysia yang semakin meruncing seperti isu penagihan dadah, remaja hamil (tidak berkahwin), pembuangan bayi, perceraian, gelandangan, penularan virus HIV / AIDS, penagihan arak, seks bebas, sumbang mahram, jenayah juvana, pengamalan gaya hidup songsang dan sebagainya.

“Pelaksanaan PTSI dilihat dapat membantu usaha pencegahan dan pemulihan secara lebih sepadu, terancang dan tersusun.

“Kerajaan juga telah mewujudkan Pusat Khidmat Keluarga dan Sosial Komuniti (PKKSK), termasuk KSKCareCentre yang diletakkan di bawah JAKIM.

KSKCareCentre merupakan pusat khidmat kaunseling syarie, terapi psikospiritual Islam dan Ilaj Syarie yang terletak di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin yang dibuka kepada semua masyarakat awam dan memberikan perkhidmatan secara percuma,” kata Mohd Na’im menerusi jawapan bertulis di laman web Parlimen di sini pada Rabu.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Jasin dari PN, Zulkifli Ismail yang menginginkan Perdana Menteri menyatakan pendirian dan tindakan JAKIM dalam menangani kelompok LGBTQ di Malaysia.

Mengulas lanjut, Mohd Na’im berkata sebagai negara berpegang kepada agama Islam sebagai agama Persekutuan yang menerapkan nilai-nilai moral berlandaskan adat, budaya dan agama dalam kalangan masyarakat, kerajaan berpendirian tegas tidak mengiktiraf golongan LGBT.

Beliau berkata dalam menangani isu itu kerajaan melalui JAKIM dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dan agensi juga menganjurkan program pendidikan dan advokasi kepada masyarakat dari masa ke semasa.

“Kerajaan telah memperuntukkan perundangan dan hukuman bagi kesalahan jenayah sosial seperti perzinaan, sumbang mahram, khalwat, musahaqah, orang lelaki berlagak seperti perempuan dan perempuan berlagak seperti lelaki yang terkandung dalam Akta Kesalahan Jenayah Syariah Negeri- Negeri,” katanya. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *