Connect with us

Antarabangsa

Rakyat Mesir bantah subahat dengan rejim Israel

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto : Gambar sekadar hiasan.

Rakyat Mesir berkumpul di Kaherah untuk membantah kehadiran kapal perang Israel yang melalui Terusan Suez minggu lalu, tindakan yang mereka anggap sebagai bersubahat dengan rejim zionis dalam perang genosid di Gaza.

“Mereka memanggilnya Konstantinopel. Kamu mengheret kami ke dalam masalah ini (You’ve dragged into these mud),” laung penunjuk perasaan dalam video di Instagram Middle East Eye pada Isnin.

“Konstantinopel” merujuk kepada Konvensyen Konstantinopel pada 1888 yang menjadikan Terusan Suez sebagai laluan perdagangan global.

Kerajaan Mesir menggunakan konvensyen itu sebagai alasannya membenarkan kapal rejim zionis melalui terusan itu.

Al Jazeera sebelum ini melaporkan video menunjukkan kapal perang Israel melalui Terusan Suez mencetuskan kemarahan dalam talian dalam kalangan mereka yang menuduh Mesir memberi kebenaran tentera Israel untuk transit melaluinya. 

Kapal perang itu dilaporkan mengibarkan bendera Israel dan Mesir.

Kerajaan Mesir bagaimanapun berkata konvensyen antarabangsa membenarkan laluan untuk semua kapal. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *