Connect with us

Antarabangsa

Perancis haramkan bendera Palestin daripada perlawanan bola sepak menentang Israel

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan
  • Perancis mengharamkan bendera Palestin daripada dibawa dan dipamerkan semasa perlawanan bola sepak antara Perancis dan Israel hari ini (Khamis).
  • Mengumumkan larangan itu, Ketua Polis Paris, Laurent Nunez dipetik MEMO pada Rabu sebagai berkata, perlawanan akan berlangsung di bawah langkah-langkah keselamatan dipertingkatkan.
  • Ketua Polis Paris itu berkata hanya bendera Perancis dan Israel akan dibenarkan berada di stadium.
  • Langkah keselamatan Perancis yang ketat itu dilakukan berikutan ketegangan di Amsterdam, minggu lalu, di mana peminat kelab bola sepak Israel Maccabi Tel Aviv membuat laungan perkauman terhadap orang Arab, merosakkan harta benda persendirian dan menyerang pemandu teksi Arab sebelum perlawanan mereka menentang Ajax.

Perancis mengharamkan bendera Palestin daripada dibawa dan dipamerkan semasa perlawanan bola sepak antara Perancis dan Israel hari ini (Khamis).

Mengumumkan larangan itu, Ketua Polis Paris, Laurent Nunez dipetik MEMO pada Rabu sebagai berkata, perlawanan akan berlangsung di bawah langkah-langkah keselamatan dipertingkatkan.

Nunez berkata hanya bendera Perancis dan Israel akan dibenarkan berada di stadium.

Peminat menghadiri perlawanan itu akan menjalani pemeriksaan keselamatan ketat, termasuk dua pengesahan identiti.

Israel sebelum ini dilaporkan menggesa rakyat mereka untuk mengelak daripada menghadiri perlawanan itu.

Langkah keselamatan Perancis yang ketat itu dilakukan berikutan ketegangan di Amsterdam, minggu lalu, di mana peminat kelab bola sepak Israel Maccabi Tel Aviv membuat laungan perkauman terhadap orang Arab, merosakkan harta benda persendirian dan menyerang pemandu teksi Arab sebelum perlawanan mereka menentang Ajax. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *