Terkini
Pelajar Sekolah Menengah Persendirian Cina maut jatuh bangunan sekolah

- Seorang pelajar di sebuah Sekolah Menengah Persendirian Cina di Seremban, Negeri Sembilan dilaporkan maut selepas terjatuh dari bangunan sekolah itu, awal pagi tadi.
- Menurut kenyataan pihak sekolah dikongsikan pengguna Facebook, Rafizah Cian Lin yang menterjemahkan kenyataan berkenaan daripada bahasa Mandarin kepada bahasa Melayu, pelajar berusia 16 tahun itu terjatuh dari bangunan sekolah selepas tiba di sekolah dalam insiden berlaku kira-kira jam 6 pagi itu.
- “Buat masa ini, pihak polis sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung kejadian ini dan pihak sekolah akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak yang menyiasat,” katanya dalam kenyataan dikongsikan Rafizah di media sosial beliau di sini hari ini.
KUALA LUMPUR — Seorang pelajar di sebuah Sekolah Menengah Persendirian Cina di Seremban, Negeri Sembilan dilaporkan maut selepas terjatuh dari bangunan sekolah itu, awal pagi tadi.
Menurut kenyataan pihak sekolah dikongsikan pengguna Facebook, Rafizah Cian Lin yang menterjemahkan kenyataan berkenaan daripada bahasa Mandarin kepada bahasa Melayu, pelajar berusia 16 tahun itu terjatuh dari bangunan sekolah selepas tiba di sekolah dalam insiden berlaku kira-kira jam 6 pagi itu.
Namun, tidak dinyatakan dengan secara jelas bagaimana insiden sebenar berlaku.
“Selepas kejadian itu, pihak sekolah segera menghubungi ambulans. Malangnya, kakitangan perubatan mengesahkan bahawa pelajar berkenaan tidak menunjukkan tanda-tanda vital.
“Buat masa ini, pihak polis sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung kejadian ini dan pihak sekolah akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak yang menyiasat,” katanya dalam kenyataan dikongsikan Rafizah di media sosial beliau di sini hari ini.

Foto: Tangkap layar hantaran Facebook Rafizah Cian Lin.
Pihak sekolah memaklumkan, akan memberi kaunseling secara berterusan kepada pelajar untuk membantu pelajar menguruskan emosi mereka ekoran insiden itu.
“Pihak sekolah amat kesal dan berdukacita atas kematian pelajar berkenaan, kami mengucapkan takziah serta bersimpati kepada ahli keluarganya. Selain itu, pihak sekolah juga akan membantu ahli keluarga menguruskan perkara-perkara menyusul,” katanya.
Difahamkan, ini insiden kedua pelajar sekolah dilaporkan maut terjatuh dari bangunan sekolah dalam tempoh lebih sebulan selepas BERNAMA pada 2 Oktober lalu melaporkan bahawa polis mengesahkan seorang pelajar perempuan Tingkatan Satu maut selepas terjatuh dari bangunan di sebuah sekolah di Jalan Syed Putra.
Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Ku Mashariman Ku Mahmood berkata Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields menerima laporan berhubung kejadian itu daripada orang awam pada 6.59 petang.
Beliau berkata mangsa berumur 13 tahun telah jatuh dari tingkat lapan bangunan sekolah berkenaan dan telah disahkan meninggal dunia oleh Penolong Pegawai Perubatan di lokasi kejadian. — The Merdeka Times
Author
Berita Lain
-
Dakwa Malaysia tiada duit: Anwar sifatkan pengulas politik AS jahil
-
Rusia gugur pengharaman Taliban selepas dua dekad
-
AS saring media sosial pemohon visa pernah lawat Gaza
-
Bendera simbol kedaulatan negara, kesilapan perlu diambil serius – Anwar
-
Budak 11 tahun tertelan jongkong emas 100 gram
-
Restoran mewah di Shanghai hidang najis gajah sebagai pencuci mulut

Dakwa Malaysia tiada duit: Anwar sifatkan pengulas politik AS jahil

Rusia gugur pengharaman Taliban selepas dua dekad

AS saring media sosial pemohon visa pernah lawat Gaza

Bendera simbol kedaulatan negara, kesilapan perlu diambil serius – Anwar

Budak 11 tahun tertelan jongkong emas 100 gram

Kebun durian: Persatuan pelajar universiti kecam tindakan Kerajaan Pahang, dakwa salah guna kuasa

Kebun durian: Ahli Parlimen Raub, pengerusi SAMKA ditahan

Calon PN PRK Ayer Kuning terima nasihat Jabatan Mufti Perak, henti ceramah di masjid

Kes bunuh pelajar Kolej Vokasional: Tertuduh dakwa mangsa curi wang untuk beli kasut

Mufti Pulau Pinang gesa tindakan tegas terhadap kejadian wanita menari separuh bogel di Batu Ferringhi

(VIDEO) Bagi NGO kami setahun untuk selesai isu kuil tidak berdaftar — Pertubuhan

(VIDEO) Artis nyanyi dan menari di majlis raya sekolah, ‘Jangan sambut raya dengan dosa’

(VIDEO) Madrasah berusia 20 tahun dirobohkan di India – Tindakan pertama di bawah Akta Pindaan Wakaf baharu

(VIDEO) Geng Subuh Macam Jumaat LebarRUN dapat sambutan anak muda
