Connect with us

Terkini

Lagi kes pelajar maut jatuh bangunan sekolah Cina, kali ini tinggalkan nota bunuh diri

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Adam Tan

Published

on

Foto: Seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah Cina di Pulau Pinang ditemui maut - China Press
  • Seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah Cina di Pulau Pinang ditemui maut semalam selepas jatuh dari bangunan sekolah,  lapor media tempatan.
  • Siasatan awal polis juga mendapati pelajar perempuan berusia 14 tahun itu meninggalkan nota bunuh diri, menyatakan dia menghadapi tekanan pembelajaran. 
  • Menurut China Press, insiden malang itu berlaku kira-kira jam 4.45 petang, semalam (Isnin) di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Heng Ee, Pulau Pinang.
  • Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Abdul Rozak Muhammad dilaporkan berkata siasatan awal mendapati nota bunuh diri yang ditulis oleh pelajar perempuan itu mendedahkan dia menghadapi tekanan pembelajaran.
  • Insiden itu merupakan kes ketiga pelajar sekolah menengah maut selepas jatuh dari bangunan sekolah di Malaysia dalam tempoh dua bulan kebelakangan ini.

KUALA LUMPUR – Seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah Cina di Pulau Pinang ditemui maut semalam selepas jatuh dari bangunan sekolah, lapor media tempatan.

Siasatan awal polis juga mendapati pelajar perempuan berusia 14 tahun itu meninggalkan nota bunuh diri, menyatakan dia menghadapi tekanan pembelajaran. 

Menurut China Press, insiden malang itu berlaku kira-kira jam 4.45 petang, semalam (Isnin) di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Heng Ee, Pulau Pinang.

Pihak sekolah terbabit dilaporkan segera menghubungi hospital selepas seorang pelajar perempuan jatuh dari bangunan sekolah itu.

Pelajar perempuan itu kemudian dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan disahkan meninggal dunia kira-kira jam 5.30 petang.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Abdul Rozak Muhammad dilaporkan berkata siasatan awal mendapati nota bunuh diri yang ditulis oleh pelajar perempuan itu mendedahkan dia menghadapi tekanan pembelajaran.

Insiden itu merupakan kes ketiga pelajar sekolah menengah maut selepas jatuh dari bangunan sekolah di Malaysia dalam tempoh dua bulan kebelakangan ini.

Sebelum ini, media melaporkan seorang pelajar perempuan Cina tingkatan satu maut setelah jatuh dari tingkat 8 bangunan di Sekolah Menengah Kuen Cheng, Bukit Puteh, Kuala Lumpur pada 1 Oktober lalu.

Pada 7 November lalu, seorang lagi pelajar berusia 16 tahun di Sekolah Menengah Persendirian Cina Chung Hwa, Seremban, Negeri Sembilan dilaporkan maut selepas terjatuh dari bangunan sekolah itu. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *