Connect with us

Terkini

Insiden buli: Kementerian Pertahanan tambah jumlah warden pantau pelajar

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia, Adly Zahari
  • Kementerian Pertahanan mengambil beberapa langkah dan peraturan dalam usaha membendung insiden buli sehingga mengakibatkan kecederaan atau kematian dalam kalangan pelajar di UPNM daripada berulang, pada masa hadapan.
  • Timbalannya, Adly Zahari berkata antara penambahbaikan yang dilakukan ialah kawalan keselamatan dengan meningkatkan jumlah warden yang menjaga pelajar, agar lebih banyak tumpuan dapat diberikan kepada mereka.
  • “Kita tidak menerima kes buli yang berlaku dalam institusi pengajian tinggi dan kita tahu bahawa ia (buli) boleh berlaku antara pelajar dengan pelajar atau antara pelajar dengan pihak lain, tetapi kalau kita lihat dalam kes-kes sebelum ini, ia berlaku antara pelajar dengan pelajar,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Pertandingan e-Sukan Sekolah Dalam Kem (SDK) Angkatan Tentera Malaysia (ATM), di Sekolah Menengah Kem Terendak di Melaka hari ini.
  • Pihak kementerian tidak akan bertolak ansur dengan sebarang insiden buli yang berlaku di UPNM dan tindakan sewajarnya akan diambil mengikut peraturan ditetapkan.

MELAKA — Kementerian Pertahanan mengambil beberapa langkah dan peraturan dalam usaha membendung insiden buli sehingga mengakibatkan kecederaan atau kematian dalam kalangan pelajar di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) daripada berulang, pada masa hadapan.

Timbalannya, Adly Zahari berkata antara penambahbaikan yang dilakukan ialah kawalan keselamatan dengan meningkatkan jumlah warden yang menjaga pelajar, agar lebih banyak tumpuan dapat diberikan kepada mereka.

“Kita tidak menerima kes buli yang berlaku dalam institusi pengajian tinggi dan kita tahu bahawa ia (buli) boleh berlaku antara pelajar dengan pelajar atau antara pelajar dengan pihak lain, tetapi kalau kita lihat dalam kes-kes sebelum ini, ia berlaku antara pelajar dengan pelajar.

“Jadi, di peringkat Kementerian Pertahanan, kita telah bincangkan dari awal lagi dalam kes sebelumnya bahawa, kita perlu tingkatkan hubungan antara warden dan pelajar dengan menambah bilangan warden,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Pertandingan e-Sukan Sekolah Dalam Kem (SDK) Angkatan Tentera Malaysia (ATM), di Sekolah Menengah Kem Terendak di sini hari ini.

Adly berkata pihak kementerian tidak akan bertolak ansur dengan sebarang insiden buli yang berlaku di UPNM dan tindakan sewajarnya akan diambil mengikut peraturan yang ditetapkan.

Beliau berkata bagaimanapun sekiranya terdapat laporan polis dibuat, ruang kerjasama akan diberikan sepenuhnya bagi membantu siasatan berdasarkan undang-undang.

ATM dalam kenyataan sebelum ini memaklumkan sedang menyiasat kes seorang pegawai kadet ALK-UPNM yang dibuli senior menggunakan seterika yang ditekap pada bahagian dada sehingga meninggalkan kesan lecur seperti yang tular dalam media sosial.

Difahamkan, perbuatan itu terbongkar selepas pemeriksaan berkala dijalankan jurulatih bertugas ketika itu, selepas menyedari kesan kecederaan pada tubuh mangsa.– BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *