Connect with us

Antarabangsa

Ibu bangga anak kecil kencing atas makanan keluarga di China

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

  • Seorang ibu di China mencetuskan tindak balas teruk dalam talian selepas ‘bangga’ berkongsi gambar anaknya kencing di atas meja penuh makanan dan keluarganya terus makan, lapor SCMP.
  • Insiden itu terbongkar dalam hantaran media sosial seorang ibu dari Beijing, baru-baru ini, yang memberitahu bagaimana anak lelaki kecilnya, dipegang neneknya di sebelah meja makan, sebelum tiba-tiba mula membuang air kecil.
  • Wanita itu dalam catatan media sosial terbabit “dengan bangganya” merakamkan detik air kencing anak kecilnya dipancutkan ke atas meja yang nampak seperti sarapan pagi dengan roti kukus, telur dan sayur-sayuran.
  • SCMP melaporkan dalam budaya tradisional Cina, dipercayai air kencing kanak-kanak lelaki mempunyai pelbagai “kuasa misteri”, daripada meningkatkan “tenaga Yang” dan mengurangkan demam kepada faedah rohani seperti menangkis roh jahat dan meningkatkan nasib baik.
  • Ini kerana air kencing kanak-kanak lelaki di bawah umur 10 tahun dianggap sangat kuat, terutamanya air kencing pagi pertama yang dikumpulkan pada hari sebelum kanak-kanak lelaki berumur satu bulan.

Seorang ibu di China mencetuskan tindak balas teruk dalam talian selepas ‘bangga’ berkongsi gambar anaknya kencing di atas meja penuh makanan dan keluarganya terus makan, lapor SCMP.

Insiden itu terbongkar dalam hantaran media sosial seorang ibu dari Beijing, baru-baru ini, yang memberitahu bagaimana anak lelaki kecilnya, dipegang neneknya di sebelah meja makan, sebelum tiba-tiba mula membuang air kecil.

Wanita itu dalam catatan media sosial terbabit “dengan bangganya” merakamkan detik air kencing anak kecilnya dipancutkan ke atas meja yang nampak seperti sarapan pagi dengan roti kukus, telur dan sayur-sayuran.

Hantaran itu pantas tular dengan ramai netizen menyatakan rasa tidak percaya dan kebimbangan, malah seorang pemerhati dalam talian bertanya adakah keluarga itu makan makanan itu.

“Ya, kami memang memakannya,” jawab ibu kanak-kanak itu sekaligus mengejutkan netizen dalam talian.

Wanita itu menjelaskan datuk dan nenek bayi itu tidak kisah dengan insiden itu, jadi mereka sekeluarga terus makan seperti biasa.

SCMP melaporkan dalam budaya tradisional Cina, dipercayai air kencing kanak-kanak lelaki mempunyai pelbagai “kuasa misteri”, daripada meningkatkan “tenaga Yang” dan mengurangkan demam kepada faedah rohani seperti menangkis roh jahat dan meningkatkan nasib baik.

Ini kerana air kencing kanak-kanak lelaki di bawah umur 10 tahun dianggap sangat kuat, terutamanya air kencing pagi pertama yang dikumpulkan pada hari sebelum kanak-kanak lelaki berumur satu bulan.

Manakala resipi makanan terkenal dari selatan China, yang dikenali sebagai “telur air kencing”, turut melibatkan pengumpulan air kencing dari tadika atau sekolah rendah, dimulai dengan membersihkan telur segar, meletakkannya dalam periuk, menutupnya dengan air kencing dan kemudian memasaknya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *