Antarabangsa
Hamas desak Trump henti sokong Israel, tamatkan genosid di Gaza
- Sikap kumpulan penentangan Palestin, Hamas terhadap pentadbiran baharu Amerika Syarikat (AS) di bawah presiden baru dipilih, Donald Trump bergantung kepada pendirian dan tindakan AS dalam menangani isu Palestin.
- Dalam kenyataan dikeluarkan Hamas pada Rabu susulan kemenangan Trump, kumpulan Palestin itu menyatakan kekecewaannya terhadap pentadbiran AS terdahulu yang sentiasa berpihak kepada rejim zionis Israel sejak penubuhan entiti haram itu pada 1948.
- Menurut Hamas, pentadbiran sebelumnya memberi sokongan politik dan ketenteraan kepada Israel, membolehkan tentera rejim melancarkan perang dan pembunuhan kejam terhadap warga Palestin, terutama kanak-kanak, wanita dan warga tua.
- “Kami menuntut agar penglibatan AS dalam sokongan yang membuta tuli kepada penjajah Israel dihentikan dan tindakan konkrit diambil bagi menamatkan serangan terhadap rakyat Palestin di Gaza dan Tebing Barat, serta sokongan ketenteraan kepada rejim zionis dihentikan,” kata Hamas dalam kenyataan itu dipetik Telegram Dunia Palestin.
Sikap kumpulan penentangan Palestin, Hamas terhadap pentadbiran baharu Amerika Syarikat (AS) di bawah presiden baru dipilih, Donald Trump bergantung kepada pendirian dan tindakan AS dalam menangani isu Palestin.
Dalam kenyataan dikeluarkan Hamas pada Rabu susulan kemenangan Trump, kumpulan Palestin itu menyatakan kekecewaannya terhadap pentadbiran AS terdahulu yang sentiasa berpihak kepada rejim zionis Israel sejak penubuhan entiti haram itu pada 1948.
Menurut Hamas, pentadbiran sebelumnya memberi sokongan politik dan ketenteraan kepada Israel, membolehkan tentera rejim melancarkan perang dan pembunuhan kejam terhadap warga Palestin, terutama kanak-kanak, wanita dan warga tua.
“Kami menuntut agar penglibatan AS dalam sokongan yang membuta tuli kepada penjajah Israel dihentikan dan tindakan konkrit diambil bagi menamatkan serangan terhadap rakyat Palestin di Gaza dan Tebing Barat, serta sokongan ketenteraan kepada rejim zionis dihentikan,” kata Hamas dalam kenyataan itu dipetik Telegram Dunia Palestin
Hamas turut menegaskan presiden AS yang baharu perlu mendengar suara masyarakat Amerika sendiri yang semakin lantang menentang sokongan terhadap Israel dan pembantaian dilakukan rejim zionis terhadap rakyat Palestin, khususnya di Gaza.
Hamas menegaskan rakyat Palestin akan terus berjuang menuntut kebebasan, kemerdekaan dan hak mereka untuk mendirikan negara Palestin yang berdaulat dengan Baitulmaqdis sebagai ibu negara. – The Merdeka Times
Dapatkan perkembangan terkini di Palestin secara pantas dan eksklusif dengan sertai telegram Dunia Palestin: t.me/duniapalestin