Connect with us

Terkini

Firdaus Wong kesal tok kadi dan saksi ‘buli’ pengantin lelaki, sulitkan urusan nikah

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto : Pempengaruh dan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung
  • Pempengaruh dan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung meluahkan rasa kesal menyaksikan insiden seorang tok kadi dan saksi membuli pengantin lelaki, termasuk dengan mengajukan pelbagai soalan yang telah ditanyakan ayah pengantin perempuan, sekali gus menyulitkan urusan nikah.
  • Insiden itu berlaku di Sungai Petani, Kedah ketika beliau menghadiri penikahan sepupu sebelah isterinya di mana antara soalan diajukan saksi adalah berapa set salinan pakaian, bila pergi kursus kahwin dan pengantin lelaki diminta melafazkan syahadah, membaca al-Fatihah dan selawat.
  • “Maaf la. Waktu itu hati saya dah sangat panas tapi saya tahan lagi. Dia suruh pengantin lelaki ulang lafaz nikah. “Kena ada terima nikahNYA. Ada NYA kat situ. Tau? ada NYAAAA. Hat tak boleh setakat aku terima nikah je.. Kena ada NYAAA.”
  • “Saya terus menyampuk, “Pakcik, dia belum habis cakap pakcik asyik menyampuk. Pakcik nak buli dia pasaipa. Pakcik tanya soalan yang bakal bapa mertua dia dah tanya. Bakal bapa mertua dia pun dah minta pakcik toksah tanya dah. Bagi nikah je. Awat pakcik nak buat susah benda yang mudah? Tadi Tok Kadi habaq kita mudahkan benda yang halal ni hat pakcik susahkan.”
  • “Tok Kadi pula bersuara, “Apa saya cakap tadi? Saya kata JANGAN SESIAPA BERSUARA KETIKA MAJLIS BERJALAN!”  Saya menjawab; “Haji, dah nampak apa dia buat tak betul tu kita tak boleh bersuara untuk betulkan kah?” , Tok Kadi menjawab: “Saya dah buat benda ni 10 tahun dah.”
  • “Dah buat 10 tahun ke 20 tahun ke bukan penanda benda yang dibuat tu betul!,” kata Firdaus Wong menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.

KUALA LUMPUR — Pempengaruh dan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung meluahkan rasa kesal menyaksikan insiden seorang tok kadi dan saksi membuli pengantin lelaki, termasuk dengan mengajukan pelbagai soalan yang telah ditanyakan ayah pengantin perempuan, sekali gus menyulitkan urusan nikah.

Firdaus Wong berkata insiden itu berlaku di Sungai Petani, Kedah ketika beliau menghadiri penikahan sepupu sebelah isterinya di mana antara soalan diajukan saksi adalah berapa set salinan pakaian, bila pergi kursus kahwin dan pengantin lelaki diminta melafazkan syahadah, membaca al-Fatihah dan selawat.

Beliau berkata bapa pengantin perempuan ada meminta saksi yang membuli pengantin lelaki itu supaya berhenti mengajukan pertanyaan dan mahu pasangan itu dinikahkan segera, tetapi dia diminta bersabar kerana saksi ingin mengajukan soalan lain lagi.

“Maaf la. Waktu itu hati saya dah sangat panas tapi saya tahan lagi. Dia suruh pengantin lelaki ulang lafaz nikah. “Kena ada terima nikahNYA. Ada NYA kat situ. Tau? ada NYAAAA. Hat tak boleh setakat aku terima nikah je.. Kena ada NYAAA.”

“Saya terus menyampuk, “Pakcik, dia belum habis cakap pakcik asyik menyampuk. Pakcik nak buli dia pasaipa. Pakcik tanya soalan yang bakal bapa mertua dia dah tanya. Bakal bapa mertua dia pun dah minta pakcik toksah tanya dah. Bagi nikah je. Awat pakcik nak buat susah benda yang mudah? Tadi Tok Kadi habaq kita mudahkan benda yang halal ni hat pakcik susahkan.”

“Tok Kadi pula bersuara, “Apa saya cakap tadi? Saya kata JANGAN SESIAPA BERSUARA KETIKA MAJLIS BERJALAN!”  Saya menjawab; “Haji, dah nampak apa dia buat tak betul tu kita tak boleh bersuara untuk betulkan kah?” , Tok Kadi menjawab: “Saya dah buat benda ni 10 tahun dah.” 

“Dah buat 10 tahun ke 20 tahun ke bukan penanda benda yang dibuat tu betul!,” kata Firdaus Wong menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.

Firdaus Wong berkata beliau juga diberitahu sekiranya beliau tidak berpuas hati dengan perkara itu, majlis pernikahan itu boleh dibatalkan dan pasangan pengantin terbabit akan diminta bernikah di pejabat agama sahaja.

Katanya, beliau yakin apa dilakukan pihak terbabit bukan prosedur ditetapkan Jabatan Agama Islam Negeri Kedah kerana Mufti Kedah, Datuk Sheikh Fadzil Awang yang dikenalinya adalah individu suka memudahkan urusan orang.

“Saya sendiri juga bernikah di Kedah dan menghadiri banyak majlis pernikahan di Kedah. Tiada adegan buli. Tidak perlu memecat tetapi menegur mereka agar mengikut prosedur dan jangan menyulitkan urusan orang lain.

“Sahabat semua, ingatlah sabda Nabi Sallalahu Alaihi Wasalam; “Barangsiapa yang menyelesaikan kesulitan seorang mukmin dari berbagai kesulitan-kesulitan dunia, nescaya Allah akan memudahkan kesulitan-kesulitannya pada hari kiamat. Barangsiapa yang memudahkan orang yang sedang kesulitan nescaya akan Allah mudahkan baginya di dunia dan akhirat.” (HR. Muslim, no. 2699).

“Ajaran Islam yang dibawa Nabi telah sempurna dan memudahkan untuk semua orang. Adakalanya yang membuatkan agama Islam ini rumit dan hodoh bukan kerana ajaran Islam tetapi penganutnya yang baru sahaja diberikan sedikit kuasa suka menyusahkan orang lain untuk menunjuk kuasa yang dimiliki,” kata Firdaus Wong.

Beliau berkata pihaknya akan membuat laporan kepada Jabatan Agama Islam Negeri Kedah berhubung insiden itu supaya imej agama Islam tidak dicemari karakter pembuli seperti demikian.

Dalam pada itu, bercakap kepada The Merdeka Times, Firdaus Wong memuji tindakan Pegawai Penyelaras Pentadbiran Masjid Kuala Muda yang terus menghubungi beliau berhubung isu berkenaan, sejurus 30 minit hantaran terbabit dimuat naik olehnya. — The Merdeka Times



Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *