Connect with us

Antarabangsa

Dituduh ‘transfobik’ kerana menyatakan keluarga tidak suka lelaki bermain dalam sukan wanita

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Dari kiri rabbi dan penulis, Jay Michaelson & Pengulas politik CNN, Shermichael Singleton
  • Seorang panelis dalam program CNN berdepan dakwaan “transfobia” kerana menegaskan bahawa sokongan padu Demokrat membenarkan lelaki transgender bertanding dalam sukan wanita menyumbang kepada kekalahan parti politik itu dalam pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) yang lalu.
  • Pengulas politik CNN, Shermichael Singleton dalam program “CNN News Night with Abby Phillip” pada Jumaat, menyatakan, “Saya fikir terdapat banyak keluarga di luar sana yang tidak percaya lelaki harus bermain sukan perempuan,” merujuk kepada fenomena di mana “lelaki trans” dibenarkan bertanding dalam sukan wanita.
  • Istilah digunakan Singleton tidak diterima seorang lagi panelis iaitu rabbi dan penulis, Jay Michaelson, pengarang buku “God vs Gay: The Religious Case for Equality”.
  • “Mereka bukan lelaki,” tegas Michaelson dipetik The Christian Post dalam laporannya pada Isnin. “Saya tidak akan mendengar transphobia di meja ini. Saya tidak akan membenarkan anda memanggil gadis trans sebagai lelaki”.
  • Laporan dikeluarkan firma penyelidikan pendapat awam Blueprint pada Jumaat, tiga hari selepas bekas Presiden dan calon presiden parti Republikan Donald Trump mengalahkan Naib Presiden dan calon Demokrat, Kamala Harris pada pilihan raya 2024, mendapati ramai pengundi atas pagar yang menolak Harris kerana terlalu menyokong agenda LGBT.

Seorang panelis dalam program CNN berdepan dakwaan “transfobia” kerana menegaskan bahawa sokongan padu Demokrat membenarkan lelaki transgender bertanding dalam sukan wanita menyumbang kepada kekalahan parti politik itu dalam pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) yang lalu.

Pengulas politik CNN, Shermichael Singleton dalam program “CNN News Night with Abby Phillip” pada Jumaat, menyatakan, “Saya fikir terdapat banyak keluarga di luar sana yang tidak percaya lelaki harus bermain sukan perempuan,” merujuk kepada fenomena di mana “lelaki trans” dibenarkan bertanding dalam sukan wanita.

Istilah digunakan Singleton tidak diterima seorang lagi panelis iaitu rabbi dan penulis, Jay Michaelson, pengarang buku “God vs Gay: The Religious Case for Equality”.

“Mereka bukan lelaki,” tegas Michaelson dipetik The Christian Post dalam laporannya pada Isnin. “Saya tidak akan mendengar transphobia di meja ini. Saya tidak akan membenarkan anda memanggil gadis trans sebagai lelaki”.

Ketika kedua-duanya terus bertikam lidah antara, Michaelson memberitahu Singleton, “Apabila anda menggunakan perkataan yang mencemuh, saya akan mengganggu”.

Perbualan itu terus hangat dan hos program, Abby Philip cuba menamatkan perdebatan itu.

Philip meminta Singleton untuk “bercakap tentang perkara ini dengan cara yang hormat”, iaitu dengan secara tersiratnya meminta panelis itu untuk tidak merujuk kepada lelaki trans sebagai lelaki.

Laporan dikeluarkan firma penyelidikan pendapat awam Blueprint pada Jumaat, tiga hari selepas bekas Presiden dan calon presiden parti Republikan Donald Trump mengalahkan Naib Presiden dan calon Demokrat, Kamala Harris pada pilihan raya 2024, mendapati ramai pengundi atas pagar yang menolak Harris.

Laporan itu memetik pendirian Harris dan Demokrat mengenai isu LGBT sebagai antara faktor terpenting bagi keputusan pengundian mereka pada pemilihan presiden AS yang dimenangi Trump. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *