Connect with us

Terkini

“Cina ‘Kiasu’ Atau ‘Kiasi’ : Tamak Hidup Takut Mati?”, buku terbaru Firdaus Wong

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Pendakwah Bebas, Firdaus Wong
  • “Sesiapa sahaja yang tidak mengikut ‘cara hidup Cina’ dianggap sebagai orang gasar iaitu orang yang tidak bertamadun. Dalam dialek Hokkien, mereka menggelarkan orang asing sebagai 番 (huan), iaitu orang yang tidak bertamadun.”
  • Demikian petikan buku baru “Cina ‘Kiasu’ Atau Kiasi’? : Tamak Hidup Takut Mati?” yang akan diterbitkan pempengaruh dan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung yang merujuk perkataan 番 (huan), iaitu orang tidak bertamadun daripada buku terbitan Xiamen University Press,  sebuah universiti dari China.
  • Menerusi buku baru itu beliau akan mengupas ulasan sejarawan Cina dan pakar sinologi iaitu ilmu pengetahuan tentang bahasa dan kebudayaan Cina secara tuntas di dalam Bab 11 – PANDANGAN ORANG CINA TERHADAP IDENTITI CINA.

KUALA LUMPUR — “Sesiapa sahaja yang tidak mengikut ‘cara hidup Cina’ dianggap sebagai orang gasar iaitu orang yang tidak bertamadun. Dalam dialek Hokkien, mereka menggelarkan orang asing sebagai 番 (huan), iaitu orang yang tidak bertamadun.”

Demikian petikan buku baru “Cina ‘Kiasu’ Atau Kiasi’? : Tamak Hidup Takut Mati?” yang akan diterbitkan pempengaruh dan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung yang merujuk perkataan 番 (huan), iaitu orang tidak bertamadun daripada buku terbitan Xiamen University Press,  sebuah universiti dari China.

Katanya, menerusi buku baru itu beliau akan mengupas ulasan sejarawan Cina dan pakar sinologi iaitu ilmu pengetahuan tentang bahasa dan kebudayaan Cina secara tuntas di dalam Bab 11 – PANDANGAN ORANG CINA TERHADAP IDENTITI CINA.

“Di dalam dialek Hokkien juga mereka memanggil orang Melayu sebagai Huan Na manakala mereka yang memeluk agama Islam dipanggil sebagai Jip Huan.

“Apakah asal usul perkataan 番 (huan) ini dan bagaimanakah penggunaannya di China, Taiwan, Singapura, Filipina hatta di Malaysia?

“Ulasan pada sejarawan Cina dan pakar sinologi akan dikupas di dalam buku “Cina ‘Kiasu’ Atau Kiasi’? : Tamak Hidup Takut Mati?” secara tuntas di dalam Bab 11 – PANDANGAN ORANG CINA TERHADAP IDENTITI CINA,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.

 

Foto: Muka depan buku “Cina ‘Kiasu’ Atau Kiasi’? : Tamak Hidup Takut Mati?” dikongsikan Firdaus Wong di Facebook.

Firdaus Wong berkata ramai pihak terbukti tidak boleh menerima fakta dan tulisan akademik pakar sinologi dan diterbitkan universiti dari China.

Katanya, beliau ingin melihat berapa ramai pihak apologetik dan ‘butthurt’ akan mempunyai keberanian untuk merendah diri dan menerima tulisan ilmiah dari Xiamen tersebut. — The Merdeka Times

Bagi mereka yang ingin menyingkap mitos di sebalik sikap “kiasu”, “kiasi” dan cara fikir masyarakat Cina dengan memahami sejarah serta falsafah agama Cina boleh mendapatkan buku terbaru ‘Kiasu’ Atau ‘Kiasi’? di  https://tinyurl.com/BukuCina.

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *