Connect with us

Antarabangsa

Australia larang kanak-kanak daripada media sosial

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan

 

  • Senat Australia pada Khamis menggubal undang-undang melarang kanak-kanak dan remaja daripada mengakses media sosial, keputusan pertama sedemikian oleh mana-mana negara.
  • Undang-undang itu dijangka berkuat kuasa pada hujung tahun depan dan selepas itu individu berumur bawah 16 tahun akan dihalang daripada mengakses platform media sosial seperti TikTok, Instagram, Snapchat, Facebook, Reddit dan X.
  • Di bawah undang-undang baharu itu, syarikat media sosial tidak lagi dibenarkan untuk mewajibkan pengguna memberikan pengenalan yang dikeluarkan kerajaan, termasuk ID digital, untuk mengesahkan umur mereka, menurut ABC News dipetik Al Mayadeen.
  • Undang-undang itu, digubal dewan rendah (Dewan Rakyat) Parlimen Australia pada Rabu, juga mencadangkan denda berat sehingga AU$50 juta ($32 juta) untuk platform yang tidak mematuhi peraturan.

Senat Australia pada Khamis menggubal undang-undang melarang kanak-kanak dan remaja daripada mengakses media sosial, keputusan pertama sedemikian oleh mana-mana negara.

Undang-undang itu dijangka berkuat kuasa pada hujung tahun depan dan selepas itu individu berumur bawah 16 tahun akan dihalang daripada mengakses platform media sosial seperti TikTok, Instagram, Snapchat, Facebook, Reddit dan X.

Perdana Menteri Anthony Albanese menyifatkan langkah itu sebagai “perlu untuk melindungi kesihatan mental dan kesejahteraan mereka”.

Di bawah undang-undang baharu itu, syarikat media sosial tidak lagi dibenarkan untuk mewajibkan pengguna memberikan pengenalan yang dikeluarkan kerajaan, termasuk ID digital, untuk mengesahkan umur mereka, menurut ABC News dipetik Al Mayadeen.

Undang-undang itu, digubal dewan rendah (Dewan Rakyat) Parlimen Australia pada Rabu, juga mencadangkan denda berat sehingga AU$50 juta ($32 juta) untuk platform yang tidak mematuhi peraturan.

Seramai 102 Ahli Parlimen mengundi untuk menyokong dan hanya 13 menentang larangan itu di Dewan Rakyat dengan 34 senator mengundi menyokong, manakala 19 menentang di Senat. 

Terdahulu, Albanese berkata media sosial “melakukan kemudaratan sosial,” memperincikan bagaimana kanak-kanak Australia harus mempunyai zaman kanak-kanak dan ibu bapa harus berasa disokong kerajaan. 

Dalam satu kenyataan minggu lalu, beliau memanggil pembaharuan itu sebagai “mesej kepada syarikat media sosial untuk membersihkan perbuatan mereka”. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *