Connect with us

Antarabangsa

Ahli politik Jepun cadang sekat hak pendidikan wanita 18 tahun ke atas

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Pengasas bersama dan ketua Parti Konservatif Jepun, Naoki Hyakuta
  • Semua wanita berumur 30 tahun ke atas di Jepun dicadangkan menjalani histerektomi paksa (pembuangan rahim), demikian cadangan seorang ahli politik veteran Jepun.
  • Bercakap mengenai penurunan kadar kelahiran di Jepun, Naoki Hyakuta, yang juga pengasas bersama dan ketua Parti Konservatif Jepun, dilaporkan 8days turut mengemukakan idea melarang wanita berkahwin selepas 25 tahun. 
  • Hyakuta, 68, juga mencadangkan hak wanita untuk pendidikan disekat selepas umur 18 tahun untuk “menggalakkan mereka memberi tumpuan kepada melahirkan anak”. 
  • Dia mendakwa cadangannya itu akan “menekan wanita untuk mempunyai anak lebih awal”, mengatasi penurunan populasi di Jepun, masalah dihadapi negara itu sejak 2008. 

Semua wanita berumur 30 tahun ke atas di Jepun dicadangkan menjalani histerektomi paksa (pembuangan rahim), demikian cadangan seorang ahli politik veteran Jepun.

Bercakap mengenai penurunan kadar kelahiran di Jepun, Naoki Hyakuta, yang juga pengasas bersama dan ketua Parti Konservatif Jepun, dilaporkan 8days turut mengemukakan idea melarang wanita berkahwin selepas 25 tahun. 

Hyakuta, 68, juga mencadangkan hak wanita untuk pendidikan disekat selepas umur 18 tahun untuk “menggalakkan mereka memberi tumpuan kepada melahirkan anak”. 

Dia mendakwa cadangannya itu akan “menekan wanita untuk mempunyai anak lebih awal”, mengatasi penurunan populasi di Jepun, masalah dihadapi negara itu sejak 2008. 

Cadangan Hyakuta yang tidak sensitif itu telah menimbulkan kemarahan wanita di seluruh Jepun dengan ramai melabelnya sebagai “misogini”. 

Selepas dikecam keras atas cadangannya itu, Hyakuta dilaporkan telah meminta maaf. 

Dia berkata cadangannya hanyalah “idea hipotesis” dan menambah dia “tidak menyokong idea itu pada peringkat peribadi”. 

Hyakuta mengakui komennya “tidak dapat dinafikan keras”, menjelaskan bahawa dia hanya bercakap tentang idea-idea sebagai “jalan cerita fiksyen sains” dan senario seperti itu tidak sepatutnya berlaku. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *