Connect with us

Antarabangsa

(VIDEO) Afghanistan selamat buat wanita – Aktivis Kemanusiaan

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Dari kiri Petugas kemanusiaan, Lila Ruzaini Hussain & Pengasas NGO 'Childrity', Farah Lee

KUALA LUMPUR — “Farah (pernah) pergi Yaman, Lubnan, Jordan masuk Syria, conflict zone juga, termasuk India, Afrika. (Tapi) Afghanistan secara jujurnya paling selamat yang Farah rasa (untuk dikunjungi),” kata pengasas pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ‘Childrity’, Farah Lee.

Menyifatkan Afghanistan sebagai negara yang sangat selamat untuk dikunjungi berbanding negara konflik lain, Farah berkata beliau juga amat menyukai negara itu dan masyarakat di sana kerana mereka sangat baik.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan hos yang juga wartawan dan aktivis kemanusiaan, Syed Azwan Syed Ali di podcast “Garis Krisis (GK)” berkenaan adakah Afghanistan sebuah ‘negara pengganas’ sebagaimana digambarkan segelintir pihak dan ia tidak selamat dikunjungi.

Podcast GK terbitan Studio Merdeka bersiaran di Youtube The Merdeka Times setiap Sabtu 8.30 malam itu turut menampilkan petugas kemanusiaan, Lila Ruzaini Hussain sebagai panelis.

 

Mengulas soalan sama, Lila turut menyifatkan negara yang kini di bawah pemerintahan Taliban itu sebagai sangat selamat untuk dikunjungi, malah beliau dapat merasakan sendiri bagaimana mesranya Taliban melayan mereka.

“Lagi satu I have to share ini kelakar (berlaku) dekat hospital… Baru first day tengok Taliban dengan senapang dan sebagainya… Lepas tu saya pun macam (buat gaya tangkap gambar), jom tangkap gambar. Saya cakap dengan dia. 

“Lepas tu dia pun sambil dia dekat belakang van dan saya dekat belakang dia. Dia buka senapang dia. Dia tengok kat bos dia. Dia bagi I senapang. Kenapa dia bagi I senapang?

“Dia ingat I nak senapang (untuk bergambar). I cakap tak (saya nak bergambar dengan awak bukan senapang)…Rupanya That’s how friendly they are… Sampai nak bagi senapang tu. Itu sangatlah friendly

“Kita orang macam terkejut. Seronok sangat. There’s no limitation between mereka dan kami,” kata Lila.

Pada Oktober lalu, Farah Lee dan Lila masuk ke Afghanistan dan menjalankan kerja-kerja kemanusiaan di Mazar-e-Sharif dan Baghlan, antara lain menyampaikan bantuan makanan dan projek “Kampung Malaysia” Childrity di Baghlan, terletak lebih 10 jam perjalanan dari Kabul. –– The Merdeka Times

Untuk menyokong kerja-kerja kemanusiaan Childrity (Pertubuhan Kebajikan FL) boleh menyumbang ke akaun berikut: CIMB 860-507-6611.

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *