Connect with us

Antarabangsa

Wilayah Vladimir di Russia haramkan hijab di sekolah

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto : Gambar sekadar hiasan.
  • Wilayah Vladimir menjadi wilayah pertama di Russia mengharamkan pelajar sekolah daripada memakai hijab dan niqab, lapor media Russia.
  • Larangan pelajar sekolah daripada memakai pakaian dan barangan yang menunjukkan fahaman agama itu dikeluarkan Kementerian Pendidikan Vladimir pada 22 Oktober lalu. 
  • “Memakai pakaian dan unsur-unsurnya yang menunjukkan pegangan agama seorang pelajar (termasuk tudung, niqab dll) tidak dibenarkan dalam organisasi pendidikan umum,” kata dokumen dipetik Nemoskva pada Sabtu.
  • Larangan itu bukan undang-undang baharu, tetapi klausa baharu — tambahan kepada peraturan mengenai keperluan penampilan murid sekolah, pada 2017. 

Wilayah Vladimir menjadi wilayah pertama di Russia mengharamkan pelajar sekolah daripada memakai hijab dan niqab, lapor media Russia.

Larangan pelajar sekolah daripada memakai pakaian dan barangan yang menunjukkan fahaman agama itu dikeluarkan Kementerian Pendidikan Vladimir pada 22 Oktober lalu. 

“Memakai pakaian dan unsur-unsurnya yang menunjukkan pegangan agama seorang pelajar (termasuk tudung, niqab dll) tidak dibenarkan dalam organisasi pendidikan umum,” kata dokumen dipetik Nemoskva pada Sabtu.

Larangan itu bukan undang-undang baharu, tetapi klausa baharu — tambahan kepada peraturan mengenai keperluan penampilan murid sekolah, pada 2017. 

Dokumen itu menerangkan dengan jelas bagaimana kanak-kanak harus berpakaian di mana “penampilan dan pakaian pelajar institusi pendidikan mestilah sesuai dengan piawaian gaya perniagaan diterima umum dalam masyarakat dan bersifat sekular”.

Kebanyakan penduduk di rantau itu dikatakan menerima inovasi, menekankan bahawa Russia adalah negara sekular dan sekolah adalah institusi sekular. – The Merdeka Times

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *