Connect with us

Terkini

Wanita Orang Asli gagal cabar status Islam sejak berusia 2 tahun

Mahkamah Rayuan dalam keputusan majoriti menolak rayuan seorang wanita Orang Asli berusia 31 tahun yang mencabar status agamanya sebagai Islam.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Mahkamah Rayuan dalam keputusan majoriti menolak rayuan seorang wanita Orang Asli berusia 31 tahun yang mencabar status agamanya sebagai Islam.
  • Hakim Datuk Che Ruzima Ghazali dan Datuk Azhahari Kamal Ramli berpendapat rayuan wanita itu tidak mempunyai merit.
  • Menyampaikan keputusan majoriti, Azhahari berkata mahkamah berpendapat Mahkamah Syariah adalah forum yang sesuai untuk menentukan status agamanya kerana kes itu melibatkan penyangkalan akidah.
  • Beliau berkata status agama wanita itu dinyatakan dalam sijil penukaran agama ibunya sebagai beragama Islam bersama ibunya.
  • “Dia dibesarkan oleh ibunya sahaja dan tidak ada pertikaian bahawa ibunya mempunyai hak penjagaan penuh terhadap anak perempuan itu.
  • “Kesimpulan yang munasabah boleh dibuat bahawa ibu memutuskan untuk mengislamkannya apabila ibu memeluk Islam (pada 1995),” katanya dipetik FMT hari ini.
  • Wanita suku Jakun itu mendakwa dia telah ditukar agama oleh ibunya ketika dia baru berusia dua tahun dan dia tidak pernah mengucapkan dua kalimah syahadah.

KUALA LUMPUR — Mahkamah Rayuan dalam keputusan majoriti menolak rayuan seorang wanita Orang Asli berusia 31 tahun yang mencabar status agamanya sebagai Islam.

Hakim Datuk Che Ruzima Ghazali dan Datuk Azhahari Kamal Ramli berpendapat rayuan wanita itu tidak mempunyai merit, namun ia tidak dipersetujui Hakim Datuk Wong Kian Kheong.

Bagaimanapun, Kian Kheong tidak memberikan alasan dalam membuat keputusan yang memihak kepada wanita berasal dari suku Jakun itu.

Menyampaikan keputusan majoriti, Azhahari berkata mahkamah berpendapat Mahkamah Syariah adalah forum yang sesuai untuk menentukan status agamanya kerana kes itu melibatkan penyangkalan akidah.

Beliau berkata status agama wanita itu dinyatakan dalam sijil penukaran agama ibunya sebagai beragama Islam bersama ibunya.

“Dia dibesarkan oleh ibunya sahaja dan tidak ada pertikaian bahawa ibunya mempunyai hak penjagaan penuh terhadap anak perempuan itu.

“Kesimpulan yang munasabah boleh dibuat bahawa ibu memutuskan untuk mengislamkannya apabila ibu memeluk Islam (pada 1995),” katanya dipetik FMT hari ini.

Mahkamah juga menyatakan bahawa bapa kandung wanita itu – yang tidak berkahwin dengan ibunya – juga seorang Islam.

“Kami mengambil pandangan bahawa si bapa dianggap telah bersetuju (penukaran agama),” kata Azhahari.

Wanita suku Jakun itu mendakwa dia telah ditukar agama oleh ibunya ketika dia baru berusia dua tahun dan dia tidak pernah mengucapkan dua kalimah syahadah.

Difahamkan, Mahkamah Tinggi Kuantan, Pahang pada tahun lalu telah menolak saman pemula daripada wanita terbabit yang mencabar kesahihan pemelukan Islam ketika berusia dua tahun.

Wanita berkenaan selaku plaintif dilaporkan turut gagal mendapat perisytiharan untuk kembali menganut adat dan kepercayaan kaum itu tanpa campur tangan pihak-pihak lain.

Mahkamah berpuas hati, plaintif gagal menunjukkan sebarang keterangan bahawa dirinya dibesarkan mengikut adat dan kepercayaan Orang Asli. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *