Antarabangsa
Wanita di China sertai kem latihan, belajar teknik pikat semula suami
Wanita pertengahan usia di China kini beralih kepada “kem latihan daya tarikan seksual” dengan harapan menghidupkan semula semangat perkahwinan dan meningkatkan keyakinan diri.
- Wanita pertengahan usia di China kini beralih kepada “kem latihan daya tarikan seksual” dengan harapan menghidupkan semula semangat perkahwinan dan meningkatkan keyakinan diri.
- Program itu direka untuk mengajar teknik godaan dan kemahiran intim, menarik minat wanita berusia antara 35 hingga 55 tahun untuk menyertainya, lapor Beijing Times.
- Salah sebuah kem yang diadakan di Hangzhou, wilayah Zhejiang pada Julai dilaporkan mengenakan bayaran 2,999 yuan (RM1,820) untuk kursus selama dua hari.
- Program itu dipromosikan dengan slogan poster “Tarikan seksual adalah apabila wanita mengawal hidupnya”.
- Kem latihan termasuk ceramah keintiman, teknik meningkatkan kepuasan seksual dan latihan lakonan watak (role play) bertujuan mengajar peserta cara menghidupkan semangat mereka bersama pasangan.
Wanita pertengahan usia di China kini beralih kepada “kem latihan daya tarikan seksual” dengan harapan menghidupkan semula semangat perkahwinan dan meningkatkan keyakinan diri.
Program itu direka untuk mengajar teknik godaan dan kemahiran intim, menarik minat wanita berusia antara 35 hingga 55 tahun untuk menyertainya, lapor Beijing Times.
Salah sebuah kem yang diadakan di Hangzhou, wilayah Zhejiang pada Julai dilaporkan mengenakan bayaran 2,999 yuan (RM1,820) untuk kursus selama dua hari.
Program itu dipromosikan dengan slogan poster “Tarikan seksual adalah apabila wanita mengawal hidupnya”.
Kem latihan termasuk ceramah keintiman, teknik meningkatkan kepuasan seksual dan latihan lakonan watak (role play) bertujuan mengajar peserta cara menghidupkan semangat mereka bersama pasangan.
Peserta memakai cheongsam ketat dan stoking hitam sambil mempelajari segala-galanya dari tarian sensual hingga strategi godaan.
Program itu dikendalikan syarikat, Akademi Tarikan Seks yang tenaga pengajarnya mendakwa sebagai “terapis lanjutan dalam hubungan intim dan seksual.”
Tenaga pengajarnya yang menggunakan nama samaran seperti “Elves” dan mempunyai pengikut yang ramai di media sosial itu bagaimanapun didapati tidak mendaftar secara rasmi sebagai terapis seks, menurut Persatuan Seksologi China.
Walaupun terdapat reaksi negatif, beberapa peserta mendakwa program itu membantu mereka menemui semula rasa harga diri, menyediakan alat untuk merasa menarik dan berkuasa. — The Merdeka Times