Connect with us

Terkini

(VIDEO) Bendera China: Muak permohonan maaf, kenakan hukuman keras – Akmal

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto : Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh

KUALA LUMPUR — Kerajaan diminta mengenakan tindakan undang-undang yang keras kepada mereka yang terlibat dalam insiden pengibaran bendera China pada malam perarakan Guan Gong Sedunia di Teluk Intan, semalam.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata tindakan itu perlu diambil supaya sensitiviti masyarakat di negara ini dapat dijaga.

Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau berkata, ini bukan kali pertama insiden sebegini berlaku kerana sebelum ini bendera China turut dikibarkan di dalam sebuah sekolah.

“Apa kejadahnya nak buat perarakan di tempat awam? Sudahlah tidak ada permit, angkat lagi bendera China, tiada langsung bendera Malaysia di situ.

“Cukup-cukuplah hari tu sudah berlaku dalam sekolah, hari ini nak bawa bendera China berarak dekat luar pula dan pengerusi persatuan kebudayaan Guan Gong iaitu orang yang menganjur ini minta maaf. Cukuplah, cukuplah nak minta maaf,

“… Tolonglah jangan buat, dah buat minta maaf, tolonglah dah muak, dah bosan.

“Kita kenakan tindakan kita minta polis ambil siasatan dan kita kenakan tindakan yang seberat-beratnya kepada mereka ini dahlah cukuplah asyik kita je yang kena bersabar,” katanya dalam klip video pendek yang dimuat naik di Facebook di sini hari ini.

Persatuan Kebudayaan Guan Gong Malaysia hari ini dilaporkan memohon maaf atas insiden pengibaran bendera China oleh satu daripada rombongan berkenaan pada malam perarakan Guan Gong Sedunia di Teluk Intan semalam.

Pengerusinya, Soon Boon Hua berkata tindakan itu dilakukan rombongan yang berasal dari China dan tidak membabitkan warga Malaysia.

Katanya, tindakan mengibarkan bendera negara lain tidak dirancang dalam tentatif sedia ada oleh pihak pengelola.

Mengulas lanjut, Akmal dalam hantaran di Facebook berkata seluruh Pergerakan Pemuda UMNO Perak akan membuat satu laporan polis ke atas penganjur itu hari ini.

Beliau juga menggesa pihak polis menjalankan siasatan dan mendakwa serta mengenakan hukuman berat ke atas mereka yang terlibat di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/



 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *