Connect with us

Terkini

Tiada bukti kukuh penglibatan pegawai kerajaan, pemimpin politik dengan GISBH

Tiada sebarang bukti kukuh yang boleh mengaitkan pegawai kerajaan atau pemimpin politik, terlibat atau bersubahat dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) berdasarkan siasatan setakat ini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Tiada sebarang bukti kukuh yang boleh mengaitkan pegawai kerajaan atau pemimpin politik, terlibat atau bersubahat dengan GISBH berdasarkan siasatan setakat ini.
  • Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi jawapan bertulis Dewan Rakyat di laman sesawang Parlimen menyebut bagaimanapun kementerian itu tidak menolak sebarang kemungkinan, kerana siasatan PDRM masih diteruskan daripada pelbagai sudut serta peruntukan undang-undang.
  • la bagi menjawab soalan Lim Lip Eng (PH-Kepong) sama ada terdapat pegawai kerajaan atau pemimpin politik terlibat atau bersubahat dengan GISBH, serta adakah Suruhanjaya Siasatan Diraja diperlukan berhubung jenayah yang dikaitkan dengan organisasi berkenaan. 

KUALA LUMPUR — Tiada sebarang bukti kukuh yang boleh mengaitkan pegawai kerajaan atau pemimpin politik, terlibat atau bersubahat dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) berdasarkan siasatan setakat ini.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi jawapan bertulis Dewan Rakyat di laman sesawang Parlimen menyebut bagaimanapun kementerian itu tidak menolak sebarang kemungkinan, kerana siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih diteruskan daripada pelbagai sudut serta peruntukan undang-undang.

la bagi menjawab soalan Lim Lip Eng (PH-Kepong) sama ada terdapat pegawai kerajaan atau pemimpin politik terlibat atau bersubahat dengan GISBH, serta adakah Suruhanjaya Siasatan Diraja diperlukan berhubung jenayah yang dikaitkan dengan organisasi berkenaan. 

Menurut KDN, pihak kementerian tidak bercadang menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung perkara berkenaan pada masa ini.

KDN memaklumkan bahawa pihak PDRM harus diberi ruang dan kepercayaan yang tinggi, memandangkan siasatan dan operasi yang dijalankan PDRM masih berjalan bagi menjejak saki baki pengikut kelompok itu.

“PDRM juga sedang membuat pemantauan terhadap kegiatan GISBH di luar negara. Sekiranya terdapat kesalahan dari sudut undang-undang, tindakan akan diambil melalui Mutual Legal Assistance (MLA) dan Akta Bantuan Bersama Perkara Jenayah (MACMA) dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara dan pihak Interpol,” menurut KDN. — BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *