Connect with us

Terkini

Tanah runtuh: Polis arah penghuni 20 rumah di Taman Melawati pindah

Polis mengarahkan penghuni 20 rumah di Taman Melawati, Ampang di sini supaya mengosongkan kediaman masing-masing susulan kejadian tanah runtuh di kawasan berhampiran, akibat hujan lebat pagi tadi.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Kejadian tanah runtuh di kawasan berhampiran.
  • Polis mengarahkan penghuni 20 rumah di Taman Melawati, Ampang di sini mengosongkan kediaman masing-masing susulan kejadian tanah runtuh di kawasan berhampiran, akibat hujan lebat pagi tadi.
  • Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP, Mohd Azam Ismail berkata kesemua penduduk yang terkesan dengan kejadian itu diarahkan berpindah ke Dewan Serbaguna Jalan E5 Taman Melawati buat masa ini.
  • Pihaknya menerima maklumat kejadian tanah runtuh di persimpangan Jalan Serdang dan Jalan E6 Taman Melawati pada 10.30 pagi yang menyebabkan 20 rumah teres terputus hubungan dengan laluan utama.

KUALA LUMPUR — Polis mengarahkan penghuni 20 rumah di Taman Melawati, Ampang di sini supaya mengosongkan kediaman masing-masing susulan kejadian tanah runtuh di kawasan berhampiran, akibat hujan lebat pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata kesemua penduduk yang terkesan dengan kejadian itu diarahkan berpindah ke Dewan Serbaguna Jalan E5 Taman Melawati buat masa ini.

Beliau berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian tanah runtuh di persimpangan Jalan Serdang dan Jalan E6 Taman Melawati pada 10.30 pagi yang menyebabkan 20 rumah teres terputus hubungan dengan laluan utama.

“Sebuah kereta mengalami kerosakan akibat terkena runtuhan tanah dan sebuah kabin pondok pengawal juga terbalik akibat runtuhan tersebut namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar memaklumkan sepasukan enam anggota serta jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Ampang dikerahkan ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan pada 11.42 pagi.

“Pasukan mendapati berlaku runtuhan tanah di lereng bukit berkeluasan 20×20 meter serta runtuhan berketinggian 30 meter, namun kejadian tidak melibatkan mangsa serta kediaman, tetapi masih berlaku pergerakan tanah di kawasan itu,” katanya dalam kenyataan pagi ini. — BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *