Connect with us

Terkini

Suami wajib beri nafkah ikut kemampuan

Suami tidak wajib memberi wang kepada isteri kerana nafkah yang wajib hanyalah nafkah keperluan asas yang disenaraikan oleh ulama iaitu makanan, lauk-pauk, pakaian, alat mandian, perkakas rumah, tempat tinggal dan pembantu rumah bagi isteri yang biasa memiliki pembantu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Suami tidak wajib memberi wang kepada isteri kerana nafkah yang wajib hanyalah nafkah keperluan asas yang disenaraikan ulama.
  • Perkara itu dijelaskan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dalam Siri Al-KAFI #1916 yang menjawab persoalan adakah suami wajib menyatakan secara khusus nafkah yang diberi kepada isteri.
  • “Selain itu, pemberian nafkah merujuk kepada kemampuan suami sama ada kaya dan berkemampuan, sederhana atau fakir dengan mengikut kadar ketentuan uruf masyarakat setempat. Hal ini berdasarkan firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 231 yang bermaksud kewajipan bapa ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya,” demikian menurut penjelasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Suami tidak wajib memberi wang kepada isteri kerana nafkah yang wajib hanyalah nafkah keperluan asas yang disenaraikan oleh ulama iaitu makanan, lauk-pauk, pakaian, alat mandian, perkakas rumah, tempat tinggal dan pembantu rumah bagi isteri yang biasa memiliki pembantu.

Perkara itu dijelaskan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dalam Siri Al-KAFI #1916 yang menjawab persoalan adakah suami wajib menyatakan secara khusus nafkah yang diberi kepada isteri.

Dalam kenyataan itu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan turut menjelaskan nafkah menurut syarak adalah mengeluarkan harta untuk perbelanjaan keperluan manusia seperti makanan dan minuman, pakaian dan tempat tinggal serta selainnya.

“Antara sebab kewajipan memberi nafkah ke atas seseorang pula adalah kerana hubungan perkahwinan, kekeluargaan dan pemilikan.

“Maka kewajipan suami memberi nafkah kepada isteri merupakan perkara yang telah disepakati para ulama setelah isteri memenuhi syarat-syarat tertentu. 

“Hal ini berlandaskan firman Allah dalam surah al-Nisa’ ayat 34 yang bermaksud kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka,” demikian menurut penjelasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Maka kewajipan seorang suami memberi nafkah kepada isteri dengan menyediakan nafkah asas secara umum seperti makanan, alat kebersihan diri dan seumpamanya mengikut kemampuannya tanpa perlu menyatakan secara khusus.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan turut  memetik karya Imam Khatib al-Syirbini yang menyatakan bahawa ulama tidak pernah menetapkan kewajipan suami untuk memberi wang poket kepada isteri apabila suami telah memberi nafkah keperluan asas yang cukup kepada isteri.

“Selain itu, pemberian nafkah merujuk kepada kemampuan suami sama ada kaya dan berkemampuan, sederhana atau fakir dengan mengikut kadar ketentuan uruf masyarakat setempat. Hal ini berdasarkan firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 231 yang bermaksud kewajipan bapa ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya,” katanya.

Menurut Imam Ibn Kathir, dalam ayat di atas menunjukkan adat kebiasaan yang dilakukan oleh mereka (isteri) mengikut negerinya dengan tidak berlebih-lebihan dan tidak membebankan suami. Hal ini berdasarkan kemampuan suami sama ada kaya, sederhana atau miskin.

Di samping itu, suami juga boleh menukar keperluan nafkah tersebut dengan memberi wang kepada isteri untuk membeli sendiri nafkah keperluannya. 

Dalam hal yang lain, sekiranya terdapat perjanjian di antara suami dan isteri atau ditentukan oleh hakim tentang ketetapan kadar nafkah secara khusus, maka suami wajib memberi mengikut kadar yang telah ditetapkan tersebut, dan ini disebut sebagai nafkah tamlik. – The Merdeka Times

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *