Terkini
Semua institusi MARA akan tekankan asas agama, Fardu Ain – Asyraf Wajdi
Semua institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) akan ditekankan asas agama dan Fardu Ain seperti Tahsin solat (memperelokkan solat), kata Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
- Semua institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) akan ditekankan asas agama dan Fardu Ain seperti Tahsin solat (memperelokkan solat), kata Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
- Beliau berkata perkara itu diputuskan selepas pihaknya mendapati ada pelajar masuk ke institusi pengajian MARA seperti GiatMARA dan IKM (Institut Kemahiran MARA) yang lemah dalam asas-asas agama, termasuk syahadah dan solat.
- “Dalam perbincangan saya dengan Bahagian Pendidikan MARA, memandangkan kerajaan telah mula mengarus-perdanakan dasar TVET di mana SKM (Sijil Kemahiran Malaysia) adalah setaraf dengan SPM, pelajar-pelajar yang tidak melalui pendidikan arus perdana atau kumpulan ‘drop-out’ atau yang tercicir hampir 100 ribu pelajar yang diberi peluang menyambung pengajian di GiatMARA umpamanya mesti dicanai juga aspek asas-asas Agama.
- “Ini kerana ada juga bila diuji, yang tidak fasih mengucap bahkan solat pun masih caca merba. Justeru, saya telah meminta Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan MARA untuk mewujudkan jawatankuasa menggubal modul khas agama bagi memantapkan dan memperkasakan asas-asas agama, termasuk Aqidah dan Fardu Ain,” kata Asyraf Wajdi menerusi hantaran di Facebook, hari ini.
KUALA LUMPUR – Semua institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) akan ditekankan asas agama dan Fardu Ain seperti Tahsin solat (memperelokkan solat), kata Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Beliau berkata perkara itu diputuskan selepas pihaknya mendapati ada pelajar masuk ke institusi pengajian MARA seperti GiatMARA dan IKM (Institut Kemahiran MARA) yang lemah dalam asas-asas agama, termasuk syahadah dan solat.
Katanya, perkara itu juga sejajar dengan usaha kerajaan mengarusperdanakan dasar TVET dalam sistem pendidikan negara.
“Dalam perbincangan saya dengan Bahagian Pendidikan MARA, memandangkan kerajaan telah mula mengarus-perdanakan dasar TVET di mana SKM (Sijil Kemahiran Malaysia) adalah setaraf dengan SPM, pelajar-pelajar yang tidak melalui pendidikan arus perdana atau kumpulan ‘drop-out’ atau yang tercicir hampir 100 ribu pelajar yang diberi peluang menyambung pengajian di GiatMARA umpamanya mesti dicanai juga aspek asas-asas Agama.
“Ini kerana ada juga bila diuji, yang tidak fasih mengucap bahkan solat pun masih caca merba. Justeru, saya telah meminta Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan MARA untuk mewujudkan jawatankuasa menggubal modul khas agama bagi memantapkan dan memperkasakan asas-asas agama, termasuk Aqidah dan Fardu Ain.
“Ditambah juga dengan kemahiran asas seperti pengurusan jenazah sebagai kemahiran tambahan yang boleh menjadikan mereka bermanfaat di dalam komuniti masyarakat di lokaliti masing-masing,” kata Asyraf Wajdi menerusi hantaran di Facebook, hari ini.
Beliau berkata modul itu boleh dimasukkan dalam kurikulum TVET di semua institusi pendidikan MARA seperti GIATMARA, Institut Kemahiran MARA (IKM), Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Malaysian-Japanese Industrial Institute dan German Malaysia Institute.
“MARA mahu melahirkan generasi TVET yang holistik dan seimbang teradun dengan empat elemen RISE (Religion, Innovation, Skill and Entrepreneurship) insyaAllah,” kata Asyraf Wajdi. – The Merdeka Times