Terkini
RUU Mufti bertentangan semangat Malaysia sebagai negara sekular – Bekas EXCO Negeri Selangor DAP
Beberapa perkara dalam Rang Undang-Undang (RUU) Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024 didakwa bertentangan dengan semangat Malaysia sebagai negara sekular sepertimana terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan, kata bekas EXCO Negeri Selangor dari DAP, Teng Chang Khim.
- Beberapa perkara dalam Rang Undang-Undang (RUU) Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024 didakwa bertentangan dengan semangat Malaysia sebagai negara sekular sepertimana terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan, kata bekas EXCO Negeri Selangor dari DAP, Teng Chang Khim.
- Chang Khim mendakwa jika RUU itu diluluskan, kerajaan mungkin terpaksa tunduk kepada tekanan pelampau agama dan meminda perlembagaan, menjadikan Malaysia negara agama (Islam) dari negara sekular.
- “(Kepada) Ahli Parlimen yang begitu semangat dan suka berhujah dalam sidang media di koridor Parlimen, di pusat perkhidmatan, di depan kamera televisyen, di luar balai polis, ucapan pilihan raya kecil dan sebagainya. Kali ini adalah peluang paling baik untuk anda menunjukkan kepahlawanan sebenar dengan bersuara dalam Parlimen dan membuat undi dengan nama,” kata Chang Khim dalam hantaran berbahasa Mandarin di Facebooknya pada 11 Oktober lalu.
- Ahli politik DAP itu bagaimanapun tidak menjelaskan mengenai perkara-perkara dalam RUU terbabit yang didakwanya bertentangan dengan semangat Malaysia negara sekular.
KUALA LUMPUR – Beberapa perkara dalam Rang Undang-Undang (RUU) Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024 didakwa bertentangan dengan semangat Malaysia sebagai negara sekular sepertimana terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan, kata bekas EXCO Negeri Selangor dari DAP, Teng Chang Khim.
Chang Khim mendakwa jika RUU itu diluluskan, kerajaan mungkin terpaksa tunduk kepada tekanan pelampau agama dan meminda perlembagaan, menjadikan Malaysia negara agama (Islam) dari negara sekular.
“(Kepada) Ahli Parlimen yang begitu semangat dan suka berhujah dalam sidang media di koridor Parlimen, di pusat perkhidmatan, di depan kamera televisyen, di luar balai polis, ucapan pilihan raya kecil dan sebagainya. Kali ini adalah peluang paling baik untuk anda menunjukkan kepahlawanan sebenar dengan bersuara dalam Parlimen dan membuat undi dengan nama,” kata Chang Khim dalam hantaran berbahasa Mandarin di Facebooknya pada 11 Oktober lalu.
Ahli politik DAP itu bagaimanapun tidak menjelaskan mengenai perkara-perkara dalam RUU terbabit yang didakwanya bertentangan dengan semangat Malaysia negara sekular.
Sebelum ini, media melaporkan bacaan pertama RUU Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024 dibuat pada Julai lalu dan akan dibentangkan untuk bacaan kedua dan ketiga dalam sidang Parlimen bermula hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Islam), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata sesuatu fatwa yang diwartakan di bawah RUU Mufti itu adalah mengikat orang Islam sahaja serta terhad di bawah bidang kuasa Negeri selaras dengan butiran 1 Senarai II-Senarai Negeri, Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan. – The Merdeka Times