Connect with us

Terkini

Provokasi kemerdekaan Sabah dan Sarawak, Kerajaan perlu tegas & jangan ambil mudah

Kerajaan digesa bertindak pantas dan tegas terhadap mana-mana individu berkempen dan berusaha mempromosikan gerakan mendesak Sabah dan Sarawak untuk keluar dari Persekutuan Malaysia.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Timbalan Presiden PAS,  Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.
  • Kerajaan digesa bertindak pantas dan tegas terhadap mana-mana individu berkempen dan berusaha mempromosikan gerakan mendesak Sabah dan Sarawak untuk keluar dari Persekutuan Malaysia.
  • Timbalan Presiden PAS,  Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata provokasi berkenaan tidak boleh diambil mudah walaupun segelintir pihak menganggap perkara itu tidak serius dan agak ‘mustahil’ untuk berlaku.
  • Walaupun kumpulan pendesak itu tidak bertapak di negara ini, doktrin tersebut semestinya ditanamkan rakyat Malaysia atau yang mempunyai hubung kait dengan negara ini.
  • “Insiden provokasi (menurunkan Jalur Gemilang dengan menggantikan bendera Sabah dan Sarawak) yang kononnya sebagai simbolik penamatan ‘penjajahan’ Malaysia ke atas kedua-dua negeri itu serta usaha menjadikan Sabah dan Sarawak sebagai sebuah Republik boleh mencetuskan ketidakselesaan dan keharmonian antara rakyat di Semenanjung Malaysia serta Sabah dan juga Sarawak.
  • “Saya bimbang semakin lambat tindakan tegas diambil, kesalahan ini mampu meluaskan pengaruh pemikiran bahawa Sabah dan Sarawak ini dijajah oleh Semenanjung seterusnya membawa kepada desakan untuk keluar dari Persekutuan Malaysia,” kata Tuan Ibrahim menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.
  • Perkara itu timbul susulan tular video sekumpulan individu menurunkan bendera Malaysia (Jalur Gemilang) sebelum menaikkan bendera Sabah dan Sarawak pada paras separuh tiang kononnya sebagai simbolik ‘menurunkan penjajahan’ Malaysia ke atas kedua-dua negeri itu.

KUALA LUMPUR —-  Kerajaan digesa bertindak pantas dan tegas terhadap mana-mana individu berkempen dan berusaha mempromosikan gerakan mendesak Sabah dan Sarawak untuk keluar dari Persekutuan Malaysia.

Timbalan Presiden PAS,  Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata provokasi itu tidak boleh diambil mudah walaupun segelintir pihak menganggap perkara tersebut tidak serius dan agak ‘mustahil’ untuk berlaku.

Tuan Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, walaupun kumpulan pendesak itu tidak bertapak di negara ini, doktrin tersebut semestinya ditanamkan  rakyat Malaysia atau yang mempunyai hubung kait dengan negara ini.

“Insiden provokasi (menurunkan Jalur Gemilang dengan menggantikan bendera Sabah dan Sarawak) yang kononnya sebagai simbolik penamatan ‘penjajahan’ Malaysia ke atas kedua-dua negeri itu serta usaha menjadikan Sabah dan Sarawak sebagai sebuah Republik boleh mencetuskan ketidakselesaan dan keharmonian antara rakyat di Semenanjung Malaysia serta Sabah dan juga Sarawak.

“Ini bukanlah kali pertama gerakan dan desakan seumpama ini berlaku.

“Saya bimbang semakin lambat tindakan tegas diambil, kesalahan ini mampu meluaskan pengaruh pemikiran bahawa Sabah dan Sarawak ini dijajah oleh Semenanjung seterusnya membawa kepada desakan untuk keluar dari Persekutuan Malaysia,” kata Tuan Ibrahim menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.

Foto: Tangkap layar gambar TikTok Mosses PA Ampang dimuat naik Tuan Ibrahim di Facebook.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada September lalu dilaporkan telah mengenal pasti seorang suspek berusia 37 tahun bagi membantu siasatan berhubung kes penularan video memaparkan Jalur Gemilang diturunkan sebelum diganti dengan bendera Sabah dan Sarawak.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata lelaki berkenaan dikenal pasti sebagai Moses Paul Anap di mana semakan mendapati dia melakukan pergerakan keluar negara pada 26 Oktober 2016 dan tiada rekod masuk semula ke negara ini selepas tarikh itu.

Turut disiasat berhubung kes itu adalah badan bukan kerajaan (NGO) dikenali Republic of Sabah North Borneo (RSNB).

Perkara itu timbul susulan tular video sekumpulan individu menurunkan bendera Malaysia (Jalur Gemilang) sebelum menaikkan bendera Sabah dan Sarawak pada paras separuh tiang kononnya sebagai simbolik ‘menurunkan penjajahan’ Malaysia ke atas kedua-dua negeri itu.

Semakan The Merdeka Times mendapati video itu terlebih dahulu dimuat naik seorang pengguna Facebook, Mosses PA Ampang yang juga merupakan Presiden Republik Sabah North Borneo, sebuah NGO berdaftar di Victoria, Australia di laman media sosialnya pada 16 September lalu iaitu pada sambutan Hari Malaysia.

Difahamkan, video itu berasal daripada rakaman Demonstrasi Aman Membantah Penjajahan Malaya ke atas Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak pada 16 September 2024 yang diadakan 15 September lalu di luar bangunan Parlimen Victoria dan ia dianjurkan beberapa NGO, termasuk Mosses.

Foto: Tangkap layar hantaran Tuan Ibrahim di Facebook.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata tindakan pantas pasukan PDRM yang membuka kertas siasatan ke atas isu itu di bawah Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 adalah sangat baik.

“Namun, kita masih menunggu perkembangan siasatan tersebut. Kerajaan harus segera dan tegas dalam mengambil tindakan seperti mana yang dilakukan terhadap kumpulan Al-Maunah yang telah didakwa kerana menentang YDP-Agong.

“Saya sekali lagi berharap agar perhatian serius diberi terhadap isu ini bagi menghilangkan kegusaran rakyat terhadap isu ini,” kata Tuan Ibrahim. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *