Terkini
PRESMA syor ‘kedai mamak’ tidak lagi jual rokok
Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) mengesyorkan semua premis makanan naungannya supaya tidak lagi menjual rokok.
- Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) mengesyorkan semua premis makanan naungannya supaya tidak lagi menjual rokok.
- Presidennya, Datuk Jawahar Ali Taib Khan berkata setakat ini lebih 40 peratus daripada 12,000 premis di bawah persatuan itu tidak lagi menjual rokok.
- “Kita tengok contoh restoran di Puncak Alam, baru tadi Menteri Kesihatan (Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad) beri surat penghargaan kerana tidak menjual rokok.
- “Saya rasa ini satu hala tuju yang baik dalam industri makanan ini. Perumpamaan dia macam ini, kalau kata arak haram, kalau zaman dulu ada kedai masih jual tapi sekarang ini dah tiada dah.
- “Kalau boleh, restoran ini kalau nakkan semuanya halal, rokok ini pun kita hindarkanlah dalam masa terdekat ini,” katanya dipetik Astro Awani ketika ditemui selepas menghadiri program Walkabout Premis Bersih, Bebas Asap di Puncak Alam, Kuala Selangor, yang disempurnakan Dzulkefly pada Ahad.
KUALA LUMPUR — Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) mengesyorkan semua premis makanan naungannya supaya tidak lagi menjual rokok.
Presidennya, Datuk Jawahar Ali Taib Khan berkata setakat ini lebih 40 peratus daripada 12,000 premis di bawah persatuan itu tidak lagi menjual rokok.
“Saya rasa daripada lebih 12,000 premis, hampir 40 peratus tidak lagi menjual rokok.
“Kita tengok contoh restoran di Puncak Alam, baru tadi Menteri Kesihatan (Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad) beri surat penghargaan kerana tidak menjual rokok.
“Saya rasa ini satu hala tuju yang baik dalam industri makanan ini. Perumpamaan dia macam ini, kalau kata arak haram, kalau zaman dulu ada kedai masih jual tapi sekarang ini dah tiada dah.
“Kalau boleh, restoran ini kalau nakkan semuanya halal, rokok ini pun kita hindarkanlah dalam masa terdekat ini,” katanya dipetik Astro Awani ketika ditemui selepas menghadiri program Walkabout Premis Bersih, Bebas Asap di Puncak Alam, Kuala Selangor, yang disempurnakan Dzulkefly pada Ahad.
PRESMA ialah badan bukan kerajaan (NGO) ditubuhkan untuk mewakili pengusaha-pengusaha industri pemakanan Muslim di Malaysia dan ia bertujuan menjaga kebajikan pengusaha, menjalinkan satu hubungan mesra dengan badan badan kerajaan dan persatuan persatuan lain yang berkenaan.
Menurut BERNAMA, Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) yang diwartakan pada 2 Februari lalu berkuat kuasa serentak dengan peraturan-peraturan dan perintah di bawahnya bermula 1 Oktober, namun penguatkuasaan akta itu akan melibatkan beberapa aspek yang akan dikuatkuasakan secara serta-merta dan berfasa.
Pelaksanaan serta-merta melibatkan penjualan produk merokok berbentuk permainan dan menarik perhatian kanak-kanak serta remaja bertujuan mengekang kebolehdapatan produk itu.
Selain itu, peruntukan akta juga melibatkan pengiklanan, promosi dan tajaan semua jenis produk merokok serta berkaitan tempat larangan penjualan produk merokok seperti institusi pendidikan, pasar jualan dalam talian dan mesin layan diri.
Penguatkuasaan pendidikan pula akan dilaksanakan dahulu bagi tempoh enam hingga 12 bulan daripada tarikh kuat kuasa bagi aspek seperti pendaftaran produk merokok yang akan dikuatkuasakan bermula 1 April 2025, kawalan jualan, termasuk pameran di kaunter jualan (1 April 2025) serta pembungkusan dan pelabelan (1 Oktober 2025). — The Merdeka Times