Connect with us

Terkini

PM hapuskan RM83 juta tunggakan cukai, denda UTAR – Laporan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan memutuskan untuk melepaskan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) daripada pertikaian cukai dan penaltinya yang dituntut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan memutuskan untuk melepaskan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) daripada pertikaian cukai dan penaltinya yang dituntut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
  • Sin Chew Daily dengan memetik sumber pada Selasa melaporkan tunggakan cukai dan penalti (denda) terkumpul dari 2017 hingga 2023 berjumlah RM83 juta yang dituntut LHDN akan dihapus kira.
  • Menurut laporan itu, keputusan tersebut dibuat Anwar dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada Selasa selepas ia dibangkitkan Menteri Pengangkutan yang juga Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke.
  • Loke dilaporkan memberitahu bahawa Anwar yang juga Menteri Kewangan telah mengarahkan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican untuk menghantar surat rasmi kepada Yayasan Pendidikan UTAR (UTAREF) berhubung perkara itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan memutuskan untuk melepaskan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) daripada pertikaian cukai dan penaltinya yang dituntut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Sin Chew Daily dengan memetik sumber pada Selasa melaporkan tunggakan cukai dan penalti (denda) terkumpul dari 2017 hingga 2023 berjumlah RM83 juta yang dituntut LHDN akan dihapus kira.

Menurut laporan itu, keputusan tersebut dibuat Anwar dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada Selasa selepas ia dibangkitkan Menteri Pengangkutan yang juga Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke.

Loke dilaporkan memberitahu bahawa Anwar yang juga Menteri Kewangan telah mengarahkan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican untuk menghantar surat rasmi kepada Yayasan Pendidikan UTAR (UTAREF) berhubung perkara itu.

Yayasan Pendidikan UTAR dilaporkan dikehendaki membayar tunggakan cukai dan penalti maksimum 45 peratus yang berjumlah lebih RM83 juta.

Sumber itu juga mendedahkan tindakan tersebut dilakukan susulan LHDN mengaudit semula akaun yayasan itu selama enam tahun terakhir.

Yayasan Pendidikan UTAR dilaporkan menghantar surat kepada Anwar pada Jun untuk memperbaharui status pengecualian cukai yayasan itu dan membatalkan tunggakan cukai serta penalti. 

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying pada minggu lalu berkata, menurut LHDN, UTAR tidak diberikan status pengecualian cukai sepertimana UTAREF yang mendapat pengecualian pada 1 Julai 2003 mengikut Seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong sehari kemudiannya dilaporkan berkata UTAR dan UTAREF, yang menguruskan universiti itu, sepatutnya diiktiraf sebagai entiti tunggal dan beliau tidak bersetuju dengan pengkelasannya sebagai badan berasingan. – The Merdeka Times

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *